Header Ads

Beli Iklan FB Untuk Hanif Idrus Page

Hanif Idrus FB Pages
Dalam mengembangkan blog Hanif Idrus salah satu teknik yang digunakan dan biasa digunakan oleh blogger ialah membuat Facebook Pages.

Hanif Idrus Facebook Pages itu nama pilihan aku dengan 7 likes...hahahahaha. So untuk memaksimumkan like di Hanif Idrus FB Pages aku telah menggunakan US10 coupon yang diberikan oleh FB.
Hanif Idrus FB Pages
Melalui kupon tersebut aku mengiklankan artikel sebab ia lebih murah, dengan jumlah wang yang kecil anda boleh mempromosikan artikel anda selama 14 hari. Berbanding iklankan FB Pages dengan jumlah RM400 selama 14 hari.

Baik aku guna kupon ini untuk mencuba iklankan artikel aku ini. Dan hasilnya agak memberansangkan.

Dalam masa 3 hari aku dapat sejumlah 278 capaian tetapi jumlah likes masih kosong ler.

Saya nak mencuba, manalah tahu kalau menjadi. Nak tahu juga takut FB ini biasanya ambil duit orang tapi hasilnya kosong.

Rupanya ia tak menipu sebab capaiannya agak baik.  Kalau nak berjaya dalam meniaga atau membuat  sesuatu kerja, mahu tak mahu kena ada modal. Kalau takut keluar modal maka lambatlah hasilnya. Betul tak?

Macam aku ini dah 7 tahun berblogging, kayanya tah kemana. Sebab takut keluar modal untuk naikkan SERP atau gunakan modal buat interface blog aku lebih menarik mengikut kesesuaian minat aku. Semuanya nak free...hahahaha.

Tolonglah like Hanif Idrus FB Pages, benggang gak tengok ada 7 likes. Kalau nak tambah boleh, jika aku jemput rakan-rakan dalam FB personal aku yang mencecah ribuan orang, tapi aku tak suka campur adukkan FB Personal dalam blog aku ini.

Sebenarnya ramai yang tak tahu aku ada blog, biarlah macam ini. Kalau boleh biarlah ia menjadi rahsia, biar orang luar yang tahu. Segan lak nak beritahu.

Sebenarnya ramai sekerja aku tak tahu aku ini blogger. Lagi senang kalau macam ini. Kalau ramai rakan sekerja yang tahu, terbantut aku nak buat artikel...hahahaha.

Jom likes Hanif Idrus Blog atau buat carian @hanifidrusblog di FB. Anda tak rugi punya sebab Hanif Idrus Blog menyajikan artikel terkini dan panas.....


No comments