Blog Islam Is Great Mencapai Sasaran - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Blog Islam Is Great Mencapai Sasaran

Blog Islam Is Great telah di bangunkan pada bulan September 2016. Tujuan membangunkan blog ini adalah berkongsi tentang informasi tentang  Islam.

Dah umur semakin tua ini , minat pun banyak yang dah beralih kepada perkara-perkara rohaniah...hehehehe. Hampir setahun blog ini dilancarkan dan syukur alhamdulilah aku dapat maintain menerbitkan artikel yang diceduk dari telegram dan juga sumber-sumber lain. Sesuai dengan niche blog ini.

Dengan jumlah artikel sebanyak 280 buah setakat ini,blog Islam The Great berjaya menjana pembaca sehari 1000 - 3000 pageview. Syukur alhamdulilah dalam masa setahun blog ini telah mencapai target yang ditentukan.

Maka teori yang aku katakan dahulu amat benar, jumlah artikel memainkan peranan penting dalam blog anda dengan syarat blog anda  diterima dan diindeks oleh enjin pencari.  Dengan jumlah artikel carian oleh pembaca lebih luas dan potensi artikel anda di baca oleh pembaca lagi baik.

Ianya juga harus dibantu dengan laman web ping yang membantu senaraikan artikel anda kepada pembaca kumpulan laman web ping yang lain. Penat juga ler nak ping laman web kau ke laman web ping seperti kakiping, Goggle + Ping Group, facebook Ping Blog. Yang mudah sangat ialah babab.net yang menjana ping secara automatik.

Tapi untuk blog yang baru, mahu tak mahu terpaksa kena buat, kalau tak macam mana nak dapatkan pembaca. Cuma satu sahaja aku tak buat iaitu blogwalking. Aku memang tak larat nak buat sebab masa tiada.  Cara yang ampuh dan terbaik mencari pembaca blog ialah blogwalking. sayang aku tak dapat lakukannya.

Itulah bagaimana aku mempromosikan blog Islam Is Great iaitu cara yang termalas..hahahaha. Tapi initipati dalam berblogging ini yang acapkali aku katakan ialah sabar dan disiplin. Mula-mual buat blog kadar pembaca kau mesti antara 0- 50 orang, itu pun nasib kalau ada 50 orang nak baca.

Bukan satu dua bulan ia macam ini tapi lebih 3 bulan sebab pada masa itu blog kau sedang direview oleh Google untuk dimasukkan ke enjin carian. Orang putih kata sandbox.

Selepas di lulus dan direview maka anda harus membuat artikel, setiap hari kalau boleh untuk membolehkan Google terus indeks blog kau. Itulah cabaran awal.

Cabaran seterusnya buat ping dan blogwalking kalau mampu dan terus bersabar.  Aku nasib baik blog Islam Is Great ini cepat dapat pageview.

Terima kasih kepada semua pembaca yang membaca blog Islam Is Great. Tanpa anda blog ini buat habuk jer....hahahahhaa






No comments: