Header Ads

Gol Sendiri Menangkan Thailand Di Sukan SEA 2017

Gol Sendiri Menangkan Thailand Di Sukan SEA 2017


Tak tahu nak kata apa, memang malang nasib penjaga gol Haziq Nadzli sebab masukkan gol sendiri ke gawang pintu negaranya. Aku tak tahu bagaimana dia nak tidur malam selepas perlawanan Sukan SEA 2017 final bolasepak Malaysia vs Thailand 2017.

Kalau kalah pintu gol di tembusi oleh pemain Thailand pun kita dah marah. Ini Thailand menang sebab kit amasukkan gol sendiri...hahahaha.

Aku bukan nak mengutuk tapi tak wajar perkara sebegini berlaku dalam final mengejar emas. Aku pun tak tahu apa malang Malaysia ini dalam bolasepak. Ada sahaja yang tak kena.

Aku simpati nasib Haziq Nadzli ini tapi kau ler penyebab Malaysia. Jangan kata bukan nasib tapi kau dibayar sebagai penjaga gol kau tak lakukan tanggungjawab kau. Kau kena ambil tanggungjawab ini walau pun pedih rasanya.

Aku tahu buat beberapa hari ini kau mesti tak keluar rumah sebab malu punya pasal. Tapi kalau kau keluar juga mesti muka kau tebal konkrit punya. Malas aku nak cakap ler, aku harap TMJ buat sesuatu dengan sukan bolasepak negara kita ini. Ada sahaja masalah yang mengarut..huhuhuhu.

Malaysia kalah 0-1 di tangan Thailand pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 akibat jaringan gol sendiri oleh penjaga gol Haziq Nadzli.
Kesilapan berlaku apabila Haziq tertumbuk bola masuk ke jaring sendiri pada minit ke-38 separuh masa pertama selepas Thailand melakukan sepakan penjuru.

Meskipun memberi saingan hebat kepada pasukan lawan, Malaysia gagal melakukan jaringan penyamaan, mengecewakan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Shah Alam malam tadi.

TIADA perkataan yang dapat menggambarkan betapa kecewanya pengendali skuad bola sepak Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee selepas pasukannya gagal memenangi pingat emas kecundang kepada Thailand 0-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mungkin badi adalah perkataan tepat yang boleh menggambarkan senario skuad bawah 22 (B-22) apatah lagi ia skrip sama terjadi pada Sukan Sea 2001.

Deretan percubaan selain kemampuan skuad negara mendominasi perlawanan masih belum cukup untuk Harimau Muda memenangi perlawanan sebaliknya dihampakan dengan jaringan sendiri oleh penjaga gol, Haziq Nadzli.

Sementara itu, pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka mengakui pasukannya bernasib baik memperoleh gol kemenangan hasil kesilapan penjaga gol Malaysia.

"Saya gembira dengan kemenangan ini walaupun gol itu dianggap bertuah.

"Malaysia memberikan cabaran sengit tetapi kami lebih layak untuk menang malam ini," katanya.

No comments