Header Ads

KETAATAN ADALAH TANDA MAKRIFAT


Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan:
"Perbaikilah hubunganmu dengan Allah. Engkau harus takut terhadap hukum-hukum-Nya. Kemudian, tunaikanlah hak-hak-Nya. Jika engkau beramal atas dasar hukum-hukum Allah, bererti engkau telah beramal dengan susah payah yang benar. Bahkan engkau termasuk ikut mendorong orang lain untuk berbuat amal yang baik.

Wahai saudaraku, orang yang beriman adalah yang mahu mempelajari kewajiban yang datang dari Allah. Lalu ia beribadah kepada-Nya dan mengamalkan perintah-Nya. Mengenal Allah, lalu mencintai-Nya. Senantiasa berkhidmat kepada-Nya. Dan, ia juga benar-benar menyedari bahawa bahaya dan manfaat itu tiada lain datangnya hanya dari Allah SWT.

Hati yang tertuju kepada Allah itu lebih tenang daripada hati yang menuju kepada makhluk, sebab Allah itu satu sedang makhluk itu beraneka ragam. Dan orang yang hatinya itu tertuju pada makhluk, maka hidupnya tidak akan tenteram, kerana ketenteraman hati itu bisa tercapai bila hanya tertuju kepada Allah semata. Perlu diketahui, bahawa berhenti pada satu pintu itu lebih baik daripada beberapa pintu yang beraneka ragam.

Maka, berhentilah pada pintu Allah. Maka hidupmu akan merasa tenteram dan selalu tertuju kepada-Nya."

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, kitab Jala A-Khathir

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

No comments