Header Ads

Lupa Anak Dah Remaja


Tadi aku tengok wayang cerita hantu Annabelle bawa anak-anak aku semua. Macam ramai bunyinya tapi 2 orang sahaja. Cerita hantu dalam klasifikasi P13 boleh ler bawa budak- budak.

Masa beli tiket aku minta 2 dewasa dan 2 kanak- kanak. Aku kata anak aku dah tingkatan 2 dalam ertikata umur dah 13 tahun.

Budak jual tiket tu kata, bang itu tiket dewasa. Alamak aku lupa ler. Lalu aku beli tiket dewasa 3 dan kanak- kanak 1 orang. Si kecik Haziq tu baru umur 10 tahun.

Apabila difikirkan, kita sebagai ibubapa sentiasa melihat anak- anak kita ini anak kecil. Walau pun mereka dah semakin dewasa dan main degil tapi kita lupa.

Pabila dah jadi ibu atau bapa barulah kita sedar, semua ibubapa syangkan anak- anak mereka.

Dulu kalau mak kita marah kita, kita buat muka atau marah. Kalau bapa kita sebat kita kalau gagal peperiksaan kita benci ayah kita.

Ayah lah yang selalu dibenci oleh anak-anak atas ketegasan mereka. Tapi kasih sayang adalah tersembunyi dan tidak akan ditunjukkan. Terutama untuk anak lelaki.

Kenapa ayah tahu, ketua keluarga selepas mereka adalah anak lelakinya dan ketegasan haruslah bermula ssmenjak kecil lagi. Dan sudah tentu ianya tidak disukai oleh anak-anak kita.

Bagi anak perempuan pula, ayah terlalu melindungi mereka hingga mereka terasa dikongkong kebebasan mereka.

Akhirnya anak-anak remaja ini akan memberontak dan benci pada ayah mereka.

Dan itulah perasaan aku ketika dahulu, memberontak pada ayah atau ibu tapi bila kau dah ada anak, kau pun macam ayah kau...

Cuma kaedahnya berbeza, bukan diktator tapi lebih kepada perbincangan tapi skop tetap sama untuk anak lelaki dan perempuan.

Kalau mereka degil sangat, ayahlah yang menjadi orang yang paling jahat untuk neutralkan mereka. Itu tanggungjawab yang ayah harus lalui.

Tapi semua ayah tetap sayangkan anak-anak mereka dan walau bagaimana dewasa mereka. Dia akan anggap mereka sebagai anak kecilnya.

Sepatutnya kalau ikut peredaran zaman aku sepatutnya kena ubah melihat anak-anak aku sebagai anak kecil. Dan mula berkawan dengan mereka sebagai kawan apabila mereka beranjak umur remaja.

Malangnya aku masih anggap mereka anak-anak kecil lagi...hehehehe. Nasib baik mamat jual tiket tu ingatkan aku tentang anak aku yang dah membesar.

Berat betul masalah aku ni....hahahahahaha.
Tapi apa aku peduli, mereka keduanya si Haziq dan Hanis, kau dua nasib tak baik ler. Abah tetap anggap kau sebagai anak kecil abah sampai bila-bila sebab abah sayangkan kau.

Kau akan tetap mendengar abah kau membebel setiap kali kau buat salah macam kau budak-budak.

Maaf yek....

No comments