Negaraku Sehati Sejiwa’ dipilih tema Hari Kebangsaan 2017. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Negaraku Sehati Sejiwa’ dipilih tema Hari Kebangsaan 2017.

Sukan SEA 2017 Tenggelamkan Hari Kemerdekaan?
Negaraku Sehati Sejiwa’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pemilihan tema itu bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

“Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di sini hari ini.

Menurut Salleh, sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini manakala Hari Malaysia pula pada 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.

“Sambutan Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka namun, kita akan membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957.

“Malah, setiap susun atur kedudukan juga akan dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang akan diletakkan disekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter,” katanya. -

No comments: