Header Ads

Teknologi Maklumat Pemberi Masalah Kepada Pekerja


Dalam dunia yang berkembang maju. Persoalan tentang tidak mendapat maklumat adalah perkara yang mustahil.

Kita hidup didunia yang mati otak. Tidak perlu bekerja keras hendak mendapatkan maklumat. Hanya perlu mencari di Google semua akan selesai.

Malahan komunikasi juga amat mudah, dengan aplikasi sosial media khususnya what apps. Komunikasi bertulis atau berkomunikasi malah bergambar amat mudah sesama manusia.

Tapi untuk aku memang masalah besar. Sebagai pekerja, komunikasi dahulu paling hebat pun melalui email. Email pun hanya dinstall di pc.

Kini sejajar dengan teknologi yang hebat di dunia ini. Email kini boleh dibaca di android. Kalau nak kata tak dapat maklumat, parah kau.

Malah what apps kini menjadi kemestian dalam group pekerja dengan majikan. Apa jua yang berlaku di tempat kerja, walau pun hari cuti anda. Anda sudah tahu perkembangan pada hari ini. Hebatkan?

Tapi maklumat yang begitu mudah disampaikan melalui email atau what apps memberi tekanan kepada pekerja. Seolah-olah anda tidak bercuti walau pun anda tengah bercuti.

Memang benci dengan situasi begini. Duduk rumah, baca email atau what apps kita dah tahu apa yang akan berlaku esok. Kat rumah kita dah siap sedia untuk hari esok. Tekanan kerja sudah bermula seawal kau ada dirumah.

Tapi untuk aku, ada pro dan kontra. Kontra macam aku katakan di atas. Pro pula, sebagai pekerja untuk menjalankan kerja kita harus mengetahui maklumat terkini barulah kita menyusun kerja dengan baik. Bukannya dah sampai di tempat kerja, baru terhegeh-hegeh nak uruskan kerja.

Zaman sekarang, masa tak menunggu kita tapi kita yang mengejar masa. Urusan harus cepat diselesaikan. Lagi cepat selesai lagi cepat kita rileks.

Penyelesaian juga lebih mudah. Masalah boleh disampaikan melalui group-group what apps tertentu. Tak perlu lagi nak telefon. Pakai what apss semua ahli tahu masalah anda. Cepat selesai dan yang penting boss tahu kau bekerja..hehehehe.

Apa kata anda?

Suka tak suka, kita terpaksa ikut perkembangan teknologi.

No comments