Crew B Sunpower Ke Gambang Water Park Kuantan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Crew B Sunpower Ke Gambang Water Park Kuantan


Hari ini hari kedua kami di Kuantan. Semalam tidur di homestay Kuantan. 1 rumah 10 orang...tapi aku nasib baik dapat tidur dalam bilik aircond.

Menyalahgunakan kuasa sebagai Supervisor..hahahaha. Tapi dapat komplen aku tidur berdengkur pula..Bukan aku boleh kawal dengkuran aku ni. Lagi-lagi kalau aku penat, lagi kuat dengkuran aku..ahaks.

Berbalik pada trip Crew B Sunpower Ke Gambang Water Park Kuantan, kami bangun awal dan minum air kopi o segera yang kami beli di 7 Eleven. Dalam pukul 8.00am kami bergerak ambil ahli perempuan yang tinggal di homestay yang berlainan.

Kemudian kami terus bergerak ke Gambang Water Park tapi dalam perjalanan kami singgah sarapan di kedai berhampiran. Nak ambil tenaga sebelum kami beraksi di air tema nanti...hehehehe.

Meriah juga aku tengok budak-budak ini main air. Mainan air memang tarikan yang kuat untuk remaja ler.

Apatah lagi hari ini hari Rabu, memang tak der orang kat sana. Taman Tema Gambang memang kami yang punya..!!!

Menurut pandangan aku, Gambang Water Park ini agak kecil ler. Yang best macam biasa iaitu beach buatan yang ombak yang tak berapa kuat..hahaha.

Manakala mainan lain kebanyakan ialah slider. Memang tak banyak mainan di Gambang Water Park ini. Masuk dalam kul 11.00am dan dalam pukul 2.00pm dah selesai. Kebanyakan masa aku main beach ajer.

Berbanding di Water Park A Famosa Melaka memang banyak pilihan mainan air yang kau boleh main.Tapi boleh ler..dari tak der. Dah sampai sini kan.

Kedai lak banyak yang tutup mungkin hari ini hari bekerja , ramai yang tak datang. Mungkin mereka tak buka kedai

Yang penting, semua crew B semua happy dan aku sebagai tetamu nak ambil gambar jer. Tapi banyak gambar aku tak ambil sebab aku nak main air dulu.... Masa nak ambil semua dah lepak-lepak..huhuhuhu.

No comments: