Hanif Idrus Blog Menuju 4 Juta Pageview - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Blog Menuju 4 Juta Pageview

Hanif Idrus Blog Menuju 4 Juta Pageview

Sikit lagi nak menuju ke cabaran tahun ini iaitu mendapatkan 4 juta pageview. Bagi seorang blogger kepuasan yang utama ialah jumlah pelawat yang melawat ke blog anda. Itulah impian setiap blogger kan?

Tapi ramai tak tahu usaha dan masa yang kita ambil blog kita ini. Hanya blogger sahaja yang tahu payahnya untuk mencapai pageview yang kita mahu malah mengnalisis bounce rate, internal link, page juice serta apa ntah istilah blogger yang perlu fahami untuk naikkan blog pageview ini.

Hampir 7 tahun berblogging terasa pendek masanya...hahahaha. Sebagai blogger, tiada penghujung dalam mengimprovasi blog kita menuju tahap yang kita hendak. Yang penting adakah kita sanggup bersabar dan terus mendesak diri sebagai blogger.

Yang penting ialah minat untuk terus berblogging kita teruskan. Kalau kata nak kaya, tak kaya ke mana pun dunia berblogging ini. Ada yang berjaya dan kaya dengan berblogging dan aku tak nafikan tapi blogger picisan aku ni nak dapat RM50 sebulan pun belum tentu lagi...hehehehe.

Malah modal yang dikeluarkan belum tentu dapat pulangannya dalam menjayakan blog ini. Umpamanya  membayar duit untuk domain setiap tahun serta kos untuk iklan dalam FB serta masa yang diambil untuk membuat artikel rasanya tak berbaloi.. Dan memang ia tak berbaloi...

Tapi minat menulis dan terasa segar dan puas apabila kau terbitkan artikel itulah kekayaan yang sebenar. Tapi kalau kaya berblogging dan dapat RM ...itu lagi OK ...hahahahahahaha.

Belum rezeki aku kot untuk kaya dalam berblogging, yang aku focus ialah dapat pageview dan maintain pageview Hanif Idrus Blog kekal atau naik. malah bagaimana nak naikkan pageview itu focus kita sebagai blogger.

Tapi takper ler...itu urusan Allah dalam menentukan rezeki aku. Yang penting kita terus beruasaha dan semangat berblogging kita kena ada....yehhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

No comments: