Header Ads

Iklan Video FB Cara Terbaik Dapatkan Like



Sekarang ini aku sedang belajar untuk dapatkan like secepat yang mungkin untuk Facebook Pages aku Hanif Bin Idrus Blog yang baru 2 minggu aku buat. Aku bernasib baik kerana rakan sekerja aku wifenya memang buat bisis offline dan pernah pergi kursus Facebook yang mencecah ribuan ringgit.

Nak belajar ilmu dapatkan like dan teknik guna Facebook sahaja kau kena keluar modal beribu ringgit. Aku percaya kalau kau nak maju dalam sesuatu bisnis tu, mahu tak mahu kena keluar modal dapatkan ilmu yang kaunak belajar tu. Kalau tak mahu atau kedekut, bertahun baru kau boleh maju atau tahap pencapaian kau tak sebaik yang kau sangkakan.

Disebabkan kawan aku ini ada ilmu, maka aku boleh ler bertanya sedikit teknik FB Pages ini. Melalui teknik dapatkan like yang baik. Perbandingan antara video dan artikel, aku boleh katakan iklan video adalah cara terbaik dan amat cepat berbanding artikel.

Jika difikirkan logik, siapa nak klik dan pergi ke blog kau dan kemudian baca artikel dan kemudian like kau semula. Leceh betui!!

Iklan Video FB Cara Terbaik Dapatkan Like
Lagi baik kalau tengok video dan like kat situ sahaja. Nak tengok video pun tak perlu nak klik ke mana-mana dan dibawa  ke laman web yang lain. Kau tonton sahaja terus dari FB kau.

Banyak yang aku kena belajar, aku target 1 bulan dapat 30 like pun cukup dan perlahan-lahan kita kayuh...hehehehehe. Jangan terburu-buru... Sebab blog aku ialah blog artikel bukan vblog, so cara terbaik buat video dan buat link ke artikel aku .

Aku terpaksa buat FB Pages ini sebab jumlah pelawat ke blog aku dah tepu, hanya 2000-3000 pageview sahaja sehari. Ia tak akan bertambah atau mencanak naik. Itu ajer jumlahnya. So mahu tak mahu kena buat improvement dan dapatkan lebih pelawat melalui sosial media FB.

Itu langkah pertama dan langkah kedua barulah pergi ke instagram atau apebende yang lain. Aku rasa FB Pages ini pun mahu makan tahun baru OK kot. Itu pun kalau tumpuan diberikan setiap hari.

Minta tolong semua likes FB Pages aku ini, semua artikel yang di paparkan di Hanif Idrus FB Pages ini yang terbaik sahaja melalui 5000 artikel aku setakat ini. Tak der yang copy paste atau dari akhbar akumasukkan kecuali berita panas terkini ler...hahahahah








No comments