Header Ads

Pengalaman Rotan di Sekolah. Wajarkah Kini?


Tak habis isu tentang membenarkan kembali hukuman rotan kepada pelajar. Aku generasi 80an dan 90an memang biasa melihat pelajar di rotan guru.

Aku pun dulu memang kena sebat kat bontot oleh cikgu perkara biasa. Bukan sebab aku pelajar jahat tetapi keputusan peperiksaan bawah 70%, kau kena sebat!!! Gila tak cikgu bahasa melayu aku ini. Kalau kau dapat 70% maka kau kena sebat 3 kali. Kalau kau dapat 50% maka kau kena sebat 5 kali di bontot kau. Total keputusan tolak markah penuh 100%.

Yang bestnya, teknik-teknik mengurangkan sakit digunakan seperti pakai seluar dalam 2 atau 3 helai dan paling ekstrem letak buku kat dalam seluar....hahahaha.

Itu sebat kalau keputusan teruk. Dulu juga kat sekolah ada dipanggil 'public canning'. Ini untuk murid-murid yang tahap jahat ini.

Setiap minggu kan ada perhimpunan sekolah, time itulah pelajar-pelajar terpilih akan dipanggil dan diberikan hukuman rotan dibontot oleh guru disiplin. Memang malu ler kalau kau kena macam tu..

Kalau nak cerita tentang rotan ini. Cikgu displin aku mempunyai koleksi jenis-jenis rotan. Dari yang tebal hingga yang halus.

Kalau kau jenis nakal atau pra-jahat seperti rambut panjang, hisap rokok atau masuk lambat. Kau diberikan pilihan untuk memilih jenis rotan. Kawan-kawan aku selalunya memilih rotan tebal berbanding rotan jenis halus.

Rotan untuk budak pra-jahat ini biasanya kena sebat kat tangan. Mengikut pengalaman, rotan halus kalau kau kena sebat , pehh mahu bertanda tangan kau dan bisa dia terbaik. Selalunya mereka akan pilih rotan yang saiz sederhana.

Rotan yang tebal dan bersaiz sederhana tak sakit sangat kalau kena hayun kat tangan. Tak rasa macam melekat kat tangan berbanding rotan halus mulus ni.

Acara rotan merotan di sekolah dulu amat biasa. Cikgu disiplin ke hulu ke.hilir bawa rotan maauk ke kelas adalah perkara biasa.

Tapi kini isu merotan murid menjadi topik utama di sekolah. Adakah zaman sekarang wajar kita amalkan merotan anak murid?

Persoalan yang rata-rata setuju. Melalui.undian pendidik.my hampir 96% penduduk Malaysia setuju.

Tapi bagi aku, bolehkah dilaksanakan. Zaman sekarang kalau cikgu cubit telinga anak muridnya. Mak bapa budak tu mesti datang sekolah dan kalau nasib baik. Cikgu berpotensi kena belasah!!
Maka bolehkah kita laksanakan hukuman rotan ini.

Kedua ialah budak-budak sekarang ini lembik. Kena pukul sikit terus meninggal...hehehehe. Andai kata cikgu dibenar merotan dan jika akibat dari aktiviti merotan ini menyebabkan mereka sakit mental. Siapa nak jawab.

Zaman sekarang budak kini amat luas dari segi imaginasi. Perbezaan dari segi pergaulan amat besar terutama generasi Y dan Z.
Untuk generasi ini, kaedah mendidik adalah melalui kaunseling. Bukan lagi marah-marah, pukul-pukul dan rotan-rotan tak.sesuai menurut pakar psikologi.

Tapi sekali lagi kalau ikutkan budaya Malaysia. Merotan amat perlu untuk pelajar Malaysia.
Kalau di Malaysia kau nak amalkan budaya kaunseling memang tak jalan...hahahha.

Beginilah cara dan stail Malaysia, tak yah pakai kaunseling. Kena maki, jerit dan rotan adalah ramuan istimewa mendidik pelajar kita....

Dibawah ini adalah undian untuk rakyat Malaysia samada setuju atau tidak untuk merotan anak2.

https://www.pendidik2u.my/undian-kembalikan-kuasa-merotan/
Setakat ini jumlah undian.

1 comment

Amanda Suria said...

Kalau nak mulakan semula hukuman rotan zaman skrg rasanya hati2 cikgu ngadap muka mak bapak, nak plak mak bapak budak2 skrg x leh kena jentik..zaman SA dulu kena rotan xde nak ngadu ngan mak abah de...kena balik ada la...tp fikir balik..kalau x kena sebat mcm tu xde la SA jadi orang sampai skrg....