Header Ads

Sejarah Warna Ungu


Rupanya warna ungu dahulu dianggap warna untuk bangsawan sahaja. Hebat..

Warna ungu mempunyai sejarah yang panjang dalam masyarakat silam barat. Raja Parsi bernama Cyrus mengisytiharkan warna ungu sebagai warna baju seragam beliau.

Malah dua orang maharaja Rom - Julius Ceaser dan Augustus Ceaser, menghadkan warna ungu untuk kegunaan urusan diraja dan keagamaan sahaja (dipakai oleh paderi). Rakyat biasa yang memakai warna tersebut akan dikenakan hukuman mati oleh pemerintah terkenal empayar Rom ini.

Sifat elit dan eksklusif ini adalah disebabkan pencelup warna ungu amat sukar didapati pada zaman tersebut. Pencelup yang digunakan untuk membuat warna ungu dikatakan hanya datang dari bandar perdagangan Phoenicia Tirus, yang kini berada di Lubnan.

Peniaga kain memperolehi pencelup warna ungu ini daripada moluska kecil (sejenis siput) yang hanya ditemui di rantau Tyre di Laut Mediterranean. Adalah dipercayai sebanyak 250,000 siput diperlukan untuk menghasilkan satu auns pencelup berwarna ungu ini.

Berdasarkan sejarah yang panjang ini, warna ungu membawa mesej:
+ bangsawan
+ kemewahan
+ kuasa
+ unik
+ misteri
+ tinggi kerohanian

No comments