Header Ads

Ayam Pedas Bali di Warung Kampung Pedas

Ayam Pedas Bali di Warung Kampung Pedas
Review makanan Bali pada hari keempat iaitu Ayam Pedas.
Sedar tak sedar sepanjang aku kat Bali ini, macam-macam ayam aku makan. Ayam Pedas, Ayam Bakar dan Ayam Tulang Lunak.

Nak tahu tentang 2 ayam tu boleh cari artikel saya ini. Hari ini nak cerita tentang ayam pedas.

Itulah gambar kat atas rupa ayam pedas. Memang total pedas punya. Aku tak main-main. Dua kali aku tambah air sebab pedas punya pasal.

Ayam pedas ini isinya tak banyak ler. Walau pun kami order sekor ayam tapi bila makan isinya dah kecut atau ayam tu kecil bangat kot...hehehehe.

Ayam Pedas Bali di Warung Kampung Pedas
Kecik ker...pedas ker...kami melantak jer. Tinggal tulang jer. Penahan pedas kami makan keropok dan makan sate ikan tuna yang disediakan. Air dah standby..

Warung makan ini memang cukup popular, ramai betul yang datang ke sana. Dan aku katakan tak sia-sia kau makan kat sana. Layanan yang cepat dan pantas serta makanan yang sedap.

Pedas tu aku tak boleh buat apa ler. Semua makanan di Bali pedas. Sambal dia lagi pedas. Pandai-pandai ler kau makan...

Makanan sampingan yang aku order pun tidak mengecewakan. Sate ikan tuna, sayur campur semua sedap.

Satu lagi, kalau kau minta jus oren, kau akan dapat betu-betul jus oren. Tak der campur-campur gula atau air macam kat Malaysia.

Semua kedai makan aku makan di Bali, air buahnya memang betul-betul tulen air buah tu. Itulah kelebihan minuman Bali.

Kalau anda ke sana jangan lupa makan di sana yek. Pekena semua jenis ayam yang dijual. Warung ini agak mahal juga ler, aku kena RP500K untuk makan 3 orang.

Sepanjang aku kat Bali, total makan ayam bakar kena RP200K, Ayam Tulang Lunak RP485K dan Ayam Pedas RP500k. Semuanya makan untuk 3 orang. Sediakan RP1 juta untuk makan yek.

Belum campur aku termakan sarapan kat hotel kema RP300K.untuk 3 orang. Makanan bukan spesial sangat pun.

Tapi kalau anda mengira sangat kalau berjalan susah ler. Betul....

Ayam Pedas Bali di Warung Kampung Pedas
Ayam Pedas Bali di Warung Kampung Pedas
Ayam Pedas Bali di Warung Kampung Pedas

No comments