Dato Vida Dan Teman Lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Dato Vida Dan Teman Lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli

Dato Vida Dan Teman Lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli

Beberapa minggu lepas, heboh dan kecoh tentang desas-desus percintaan diantara Dato’ Vida jutawan kosmetik yang popular dengan pembantu peribadinya yang berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli.

Kenyataan Dato’ Vida sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang lelaki dengan lebih dekat lagi dan dikatakan pemuda tersebut berwajah persis David Beckham. Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba timbul pula spekulasi mengenai percintaannya dengan Ahmad Iqbal.

Lebih mengejutkan seperti yang dilaporkan The Star, lelaki tersebut, Iqbal turut mengakui bahawa dia sememangnya kini sedang hangat dilamun cinta dengan jutawan kosmetik yang terkenal dengan Qu Puteh itu.

Dato Vida Dan Teman Lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli
Melalui laporan Kosmo juga, dia turut berkata, “Saya suka dan selesa bersama beliau. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk mengatakan soal berkaitan jodoh kerana ia adalah ketentuan Allah.”

Malahan lelaki kacak tersebut yang berusia lebih muda daripada Dato’ Vida turut memberikan kenaytaan bahawa dia kini sudah bersedia untuk menjadi suami dan turut mendapat restu dari ibunya yang dikenali sebagai Maznuni Che Yusof.

Iqbal turut berkata, “Saya bersedia menjadi suaminya kalau ada jodoh, namun saya juga bersedia andai dia dijodohkan dengan lelaki lain yang lebih layak dengannya. Saya tidak mahu orang fikir saya ingin mendampinginya disebabkan harta.”

Lebih memeranjatkan, Cik B anak perempuan Dato’ Vida turut memuat naik satu status di laman Instagram miliknya dengan memberitahu bahawa dia tidak akan sekali-kali membenarkan ibunya itu didekati mana-mana lelaki mahupun Ahmad Iqbal sendiri, kerana bagi Cik B, lelaki-lelaki seperti itu hanya mahukan perhatian dan tidak mencintai Dato’ Vida seadanya.

Menurut Dato’ Vida yang kini sedang mengerjakan umrah, dia tidak ingin terburu-buru membuat keputusan kerana masih teringat dan traum dengan penceraian perkahwinan yang terdahulu. Malahan dia juga menyatakan harus menjaga banyak hati termasuk anak-anaknya sendiri selain turut mengutamakan kehendak dirinya sendiri.

Dato’ Vida yang akan pulang ke tanah air pada 24 Oktober itu turut melaporkan kepada Utusan Online, “saya sendiri tak tahu nak pilih macam mana sebagai pasangan hidup. Lelaki-lelaki yang saya kahwin sebelum ini semuanya baik tapi bila masuk bab wang ringgit, mereka boleh berubah.

“Biarlah saya berdoa agar Allah beri petunjuk, siapakah calon suami saya yang benar-benar ikhlas menerima saya.”

Terdahulu, Hazmiza Othman atau amat dikenali sebagai Dato’ Vida pernah berkahwin pada Januari 2014 bersama Fairuz Ahmad Zainuddin yang berusia 39 tahun. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama selepas disahkan bercerai pada April lalu dan perkahwinan tersebut menjadikan perkahwinan yang ketiga bagi Dato’ Vida yang dikenali menerusi Qu Puteh.

Dato Vida Dan Teman Lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli

Dato Vida Dan Teman Lelakinya Ahmad Iqbal Zulkefli




1 comment:

mrhanafi dot com said...

Hensem laki tu

Tak nak komen lebih