Header Ads

Hari Ketiga Di Bali 2017

Hari Ketiga Di Bali 2017
Bali masih aman dari Gunung Agung. Suasana di Bali seperti biasa sahaja. Dan aku pun macam biasa juga, bangun seawal 6.45am siap sedia untuk berjalan lagi.

Kami sarapan di bilik hotel, semalam dah beli roti dan biskut. Tak larat nak makan sarapan kat hotel ini, sorang kena 115K. 3 orang makan mahu kena RP300K++. Dapat beli satu lagi cincin perak...hahahaha.

Macam biasa, drebar kami ambil kami pukul 9.00am. Perjalanan pertama kami ialah ke Nusa Dua dimana terdapat satu kawasan bernama Water Blow. Ianya bermakna ombak yang menghempas batu kat sana dan buat ombak itu lagi tinggi. Itu namanya Water Blow.

Pada masa kami pergi ombaknya tidak setinggi mana sebab bulan ni, ombak tak tinggi sangat.

Hari Ketiga Di Bali 2017
Yang bestnya di Nusa Dua ini sepanjang berjalan kaki ke Water Blow kita boleh ambil gambar patung gergasi.

Dalam perjalanan pulang pula kami singgah di satu teluk tu dan memang cantik. Aku kata memang cantik..sekali lagi ia memang cantik. Kalau ke Nusa Dua, jangan lupa singgah teluk ini. Kecik ajer kawasan ini tapi kalau ambil gambar memang nangis punya.
Gambar kat bawah ini.

Hari Ketiga Di Bali 2017

Selepas berpeluh-peluh kat sana. Perjalanan kedua kami ialah ke Pantai Pandawa. Malangnya dalam perjalanan ke sana hujan pula. Nak masuk sana kena  bayar RP10K kalau tak silap.

Menurut drebar kami, biasanya kawasan kami nak pergi ni tak hujan. Tapi apa nak buat, bukan kami kawal cuaca.

Kami sampai disana, kami sewa tempat lepak kat pantai tu. Hujan pula turun tak menentu. Kami lepak dua jam setengah kat sana. Sewa kanopi ialah RP50K unruk sepasang.
Rasa panjang sebab hujan dan tak mandi.

Hari Ketiga Di Bali 2017
Hari Ketiga Di Bali 2017
Romatis lak tengok gambar ini...hahaha
Hari Ketiga Di Bali 2017
Percubaan berkali-kali, akhirnya berjaya.. Tahniah isteriku.

Perjalanan ketiga kami sepatutnya ke Tanah Lot dan tengok tarian Kecak. Tapi hujan tak renti-renti, lalu kami cadang pergi esok.

Dan tukar plan ke indoor iaitu bershopping yahoo.. dalam hati isteri aku menjerit.

Kami pergi tempat popular membeli oleh-oleh iaitu Agung Bali. Boleh tahan mahal beberapa barang di sana tapi jangan salah faham.

Barang yang mahal tu kebanyakkan berkualiti. Ada yang murah juga. Kami pelbagaikan membeli barangan di sana.

Dan lepaskan geram dengan habiskan RP1juta..beli oleh-oleh...hahahaha.Tapi lengkaplah dapat beli semua sekali. Yang mahal beli baju untuk anak-anak, kena RP600K. Selebihnya untuk rakan-rakan.

Hari Ketiga Di Bali 2017
Hari Ketiga Di Bali 2017

Lepas tu kami balik dan makan dulu nasi padang. Kena RP100K untuk 3 orang. Murah...

Sampai hotel perkara pertama aku buat ialah mandi. Kalau lambat-lambat boleh demam nanti.
Hari ini perjalanan kami tak berapa best sangat ler..tapi boleh ler ..

Lihat gambar yang ada yek..
Aku campak banyak sikit gambau..hehehe










No comments