Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam.

Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam.

Percutian 5 hari 4 malam di Bali rasanya cukup jika ingin melihat kesemua kawasan popular Bali. Cuma hari ketiga , perancangan kami agak tertangguh disebabkan hujan namun cepat diubah perancangannya oleh pemandu pelancong kami.

Pada hari pertama, tiba di Bali pada pukul 2.00pm kerana flight delay. Aktiviti kami pada hari itu hanya makan ayam bakar di Wangsolo. Kemudian kami terus ke hotel. Hotel kami tinggal ialah Hotel H Sovereign Bali.

Hari kedua (full article)  adalah hari terpadat dalam jadual kami. Kami pergi enam tempat :

Kraftangan Perak - Yan Yan Silver.
Perkampungan pelukis
Kopi Luwak.
Pura Tirtha Empul
Gunung Batur
Teras Sawah Tegalalang

Hari Ketiga (full article)  kami seperti yang dikatakan tak banyak aktiviti dilakukan kerana hujan..
Kami pergi 3 tempat sahaja.

Nusa Dua - Water Blow.
Pantai Pandawa
Ole-ole Agung Bali
Nasi Padang - tak sempat sebab tengah lapar..hahaha

Sebenarnya jadual hari keempat dibawa awal ke hari ketiga. Hari keempat sepatutnya kami shopping tapi hujan kami awalkan aktiviti kami.

Hari Keempat (full article)  juga amat padat jadual kami. Malam baru balik sebab lihat pertunjukan tarian.

Kami pergi 6 tempat iaitu:
Pantai Kuta.
Pantai Malasti.
Tanah Lot.
Warung Kampung Pedas -Ayam Pedas
Pura Uluwatu / Tarian Kecak

Hari Kelima adalah hari terakhir kami di Bali. Bangun lewat dan check out pukul 11.45am. Flight pukul 3.10pm tapi gerak awal sebab nak pergi satu tempat makan iaitu Ayam Tulang Lunak.

Sampai airport, macam biasa kena beratur dan check in sana sini dan pukul 3.40pm baru flight berlepas ke Kuala Lumpur.

Inilah intineri penuh kami ke Bali. Cukup puas hati dengan perkhidmatan pemandu pelancong kami iaitu Pak Yanto dan pembantunya iaitu Alif.
Yang bawa kami ronda-ronda kota Bali ialah Alif.


Kesemua ini aku ada buat artikel. Cuma macam ole-ole aku satukan jadikan satu artikel. Takkan nak cerita benda sama cuma beza ole-ole dan uang yang dibelanja...hahaha..

Artikel untuk Nasi Padang aku tak buat sebab tak ambil gambar dan singgah sekejap sahaja.

Pemandu pelancong pun akan ada artikel untuk anda. Pemandu pelancong muslim lebih baik diambil, senang kita nak makan makanan halal.Klik sahaja nanti link dari artikel ini.


Jom lihat kos perbelanjaan kami ( untuk 3 orang )

Perbelanjaan asas :
Tiket kapal terbang - RM 1.600
Hotel - RM908 (RP2.8juta)
Pemandu Pelancong - RP1.2juta

Tiket Masuk:
Pura Tirtha Empul - RP 60K
Gunung Batur - RP300K ( kena makan sana kalau nak ambil gambar)
Teras Sawah Tegalalang  - RP10K - tak kira berapa ramai harga sama
Nusa Dua - Water Blow - RP 30K
Pantai Pandawa - RP 60K
Pantai Malasti. - RP30K
Tanah Lot - RP60K
Pura Uluwatu / Tarian Kecak-  RP360K ( Tarian seorang 100K  dan tiket masuk 20K)


Makan-makan :
Ayam Bakar - RP140K
Ayam Pedas - RP500K
Ayam Tulang Lunak - RP485K
Nasi Padang - RP130K
Hotel sarapan : RP300k ( silap temakan breakfats kat hotel)
Warung santai - RP 100K ( dua kali makan di warung. murah kan)

Sesi makan terpulang pada anda yek. Kami memang plan nak makan semua makanan istimewa Bali.
Yang wajib ialah perbelanjaan asas dan tiket masuk. Yang lain terpulang pada anda.
Ini semua kiraan untuk 3 orang. Anda boleh bahagi sendiri.
Kalau lihat team kami memang kuat melantakkan ...hahahhahahah

No comments: