Header Ads

Ole-ole Di Bali

Ole-ole Di Bali
Senyuman bermakna nak pergi perabih duit beli ole-ole..hehehehe
Di Bali terdapat 2 kawasan pusat ole-ole khas Bali yang terkenal iaitu Krishna Ole-Ole dan Agung Bali Ole-ole.

Menurut pemandu kami kedua kawasan ini merupakan tempat ole-ole yang murah dan barangnya berkualiti.

Menurut pengalaman aku, apa yang dikatakan oleh pemandu kami Alif memang benar. Kalau kau beli di kawasan penjaja kalau kau melancong i Indonesia memang hancus kau.

Pertama harganya memang tinggi dan kalau kau layan satu penjaja. Berpuluh penjaja akan kerumun kau. Nahas kau. Aku pernah habis RP1Juta dalam masa yang singkat disebabkan melanggar undang-undang ini masa di Jogjakarta.

Pastikan anda membeli ole-ole dikawasan yang direkemen oleh pemandu pelancong anda.

Berbalik pada ole-ole di Bali. Tempat pertama kami pergi ialah di Krishna Ole-ole. Kami pergi cawangannya yang buka 24jam!!!. Dan pada hari keempat kami pergi ke pusat uatama Krishana tapi sama sahaja dengan cawanganya.

Kalau anda terlupa membeli ole-ole pada saat-saat akhir, jangan risau. Cawangan Krishna ada buka 24jam.
Ole-ole Di Bali

Barangan di sana memang cukup murah berbanding di Agung Bali. Tapi sebagai pengguna, anda kena lihat kualitis barangan tersebut. Kalau ada kualiti memang ler mahal sikit.

Di Krishna pekerjanya pun ramai. Boleh minta tolong kalau anda nak sesuatu. Jangan risau.

Ole-ole Di Bali
Tempat kedua ialah Agung Bali. Tempatnya tak ler besar sangat. Kalau bandingkan cawangan Krishna dengan Agung Bali sama sahaja besarnya.

Barangan disana keseluruhannya mahal. Aku tak mahu anda membeli barangan yang mahal.

Sebagai contoh baju disana harganya RP200K sehelai. Tapi kalau kau periksa ianya baju yang berkualiti.

Kalau anda nak pakai sendiri, memang wajar beli. Tapi kalau nak kasi ole-ole aku rasa membazir sahaja. Kerana anda boleh dapatkan 5 helai baju dengan harga RP100K.

Kalau ikutkan perbandingan, aku lebih suka di Krishna. Untuk pengetahuan, aku hanya pergi cawangan Krishna bukan pusat utamanya sudah membuat aku puas hati.

Kesimpulannya di Bali, semasa anda melancong. Jangan pikir tentang ole-ole. Jalan puas-puas dan makan puas-puas.

Ole-ole nanti pemandu anda boleh bawa anda beli. Pergi kedua-dua tempat ini untuk memuaskan hati anda. Habiskan duit beli ole-ole untuk diri anda, keluarga anda dan rakan-rakan.

Aku perabih RP1 juta untuk ole-ole...huhuhu. Tapi itulah namanya melancong..ahaks.
Ole-ole Di Bali
Ole-ole Di Bali




No comments