PPIM Janganlah Berlagak Samseng - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

PPIM Janganlah Berlagak Samseng


Ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu belajar menggunakan pendekatan yang lebih harmoni menangani sesuatu isu tanpa perlu berlagak ‘samseng’.

Itu pesanan Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah kepada NGO tersebut yang didakwa mula menyalahkan kerajaan dalam beberapa perkara selepas dikenakan tindakan perundangan selepas membela nasib pengguna yang menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, sikap sesetengah anggota badan bukan kerajaan itu yang cuba mengambil alih tugas pihak berkuasa meskipun mempunyai niat murni dalam membela nasib mereka yang ditindas tetapi cara yang digunakan tidak betul.

“Hari ini kita lihat ada tiga kategori NGO iaitu NGO terpelajar, NGO baru nak belajar dan NGO kurang ajar.

“Kerajaan perlu kaji NGO macam ini. Saya sebagai presiden sebuah parti politik sebelum ini pernah terlibat dalam pertubuhan NGO tetapi saya tidak buat perkara diluar batasan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini malam ini.

Mohd. Ridzuan berkata demikian mengulas mengenai tindakan berani Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin yang didakwa di mahkamah kerana menceroboh sebuah stor di Kajang pada Julai lalu.

Pada Selasa lepas, Yusuf dan Ali didakwa di Mahkamah Kajang atas dua pertuduhan kerana menceroboh premis AGR Trade Sdn. Bhd. di Kajang.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Dalam pada itu Mohd Ridzuan menggesa, pihak yang mengawal pengoperasian NGO di pejabat perdana menteri supaya bertindak tegas terhadap NGO-NGO

“Kalau NGO ni kurang ajar panggil mereka, tanya apa masalah dia. Bukan biarkan begitu sahaja. Mesti ada sebab mereka begitu.

“Kalau NGO tu pro kerajaan panggil mereka kalau mereka meragam. Macam Ikhlas Yang Aamat Berhormat pernah bantu beberapa kali untuk program usahawan-usahawan dan sebagainya.

“Pegawai di Jabatan Perdana Menteri kena lihat, mungkin PPIM jadi macam ini sebab tak dapat dana atau peruntukan dalam bentuk geran NGO dan sebagainya,” katanya juga merupakan Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas). –

No comments: