Thor Ragnarok Review - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Thor Ragnarok Review

Thor Ragnarok Review



Kaki wayang hari ini menonton filem legasi Marvel dan orang kuat team Avenger iaitu Thor yang bertajuk Thor Ragnarok. Filem yang dinantikan oleh semua peminat Avenger serata dunia.

Rating yang diberikan ialah 4.9/5. Cukup tinggi kerana filem Marvel memang tidak mengecewakan, pasti ada unsur kejutan yang mendebarkan. Kali ini kaki wayang bawa anak-anak kerana ia kategori P13, sesuai untuk anak-anak dan bapa dia...hahahahhaa. Termasuk isteri sekali ler.

Permulaan filem ini Thor ditawan oleh Surfur, ia macam hantu berapi yang akan menghancurkan Asgard. tetapi beliau berjaya mengalahkannya dan mengambil tanduk kuasa Surfur.

Sekembali beliau dari perjalananya mencari batu infiniti ke Asgard. Beliau telah membuka pekung adiknya Loki yang menyamar menjadi ayahnya Odin. Kalau anda ingat, episod sebelumnya Lokii telah menyamar menjadi Odin.

Lalu beliau dan adiknya mencari ayah mereka Odin dibumi. Secara tiba-tiba Thor telah dibawa ke satu tempat misteri dan berjumpa dengan Dr. Stranger. Baru aku faham episod terakhir, Dr. Stranger berjumpa dengan Thor. Rupanya ia menolong Thor mencari ayahnya.

Filem Marvel ini, yang aku menyampah semua watak heronya ada kaitan satu sama lain. Kau harus betul-betul fahaminya,


Dr. Stanger telah memberitahu ayahnya di Norway dan Thor serta Loki di bawa ke sana. Ayahnya memberitahu satu rahsia bahwa mereka mempunyai kakk sulung iaitu Hela si Dewi Kematian yang telah dikurung oleh ayah mereka kerana tidak dapat mengawal kuasanya.

Cerita ini menjadi semakin hebat, apabila mereka berlawan dengan Hela di bumi, Loki telah menyeru Bifrost hantar mereka balik Asgrad. Dan dalam perjalanan sana, Loki dan Thor telah di campak ke planet Sakaar.

Di situlah bermula episod Thor dipaksa menjadi Gladiator dan paling best ia akan melawan Hulk. Terperanjatkan....hehehehhee.
Hulk atau Banner sebenarnya telah tersasar ke planet lain semasa melarikan diri dari episod Avenger:Ultron.  Lalu selama 2 tahun Banner telah menjadi Hulk.

Pada masa yang sama semasa Thor jatuh ke Sakaar  beliau ditangkap oleh wanita bernama Valyrie iaitu salah seorang pahlawan Asgard.  Waniat inilah yang membantu mereka ( iaiatu Thor/ Banner) melarikan diri dari Sakaar.

Dalam filem ini  60% daarinya menayangkan situasi di Sakaar. Memang kelar melihat selamba Thor yang kononnya kuat tetapi dimainkan oleh mahaguru Sakaar iaitu Grandmaster. Serta perbuatan adiknya yang selalu khianat dia iaitu Loki.

Selepas melarikan diri dari Sakaar, mereka harus melawan Hela, yang mempunyai kuasa yang hebat. Memang best perlawanan Thor dan Hela. Hulk pula lawan serigala raksasa Hela.

Apa yang terjadi? Bagaimana Thor larikan diri Sakaar? Adakah Loki masih Loki? Apakah kuasa hebat Hela? Adakah Asgard akan musnah?   Bagaimana tukul Thor dimusnah?

Anda wajib tonton filem ini. Kali ini filem ini banyak unsur komedi tetapi mantap dengan ketegasan. Filem Marvel memang tidak mengewakan.






Thor Ragnarok Review
Inilah keluarga pengemar Thor




No comments: