Wongsolo Ayam Bakar Bali - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Wongsolo Ayam Bakar Bali

Wongsolo Ayam Bakar Bali
Hari ini review makan ajer ler. Ini makanan hari pertama kami ke Bali. Turun airport jer terus dibawa makan oleh pemandu pelancong kami.

Nama tempat ini ialah Wongsolo iaitu salah satu tempat makan kegemaran rakyat Malaysia iaitu ayam bakar. Dia orang kata satu set ayam bakar ialah paket ayam bakar.

Inilah satu-satunya kedai makan popular yang aku makan bawah 200K untuk 3 orang. Kalau anda baca artikel aku sepanjang berada di Bali, makan semua mesti dalam 500K iaitu kedai makan spesial Indonesia ler. Kalau kedai biasa bawah RP60K.

Makanan Indonesia kalau set mesti ada tempe. Tempe pula makanan kegemaran aku. Ada juga tauhu dan sambal.


Untuk pengetahuan anda, semua sambal di Bali adalah pedas. Jangan cuba-cuba nak kunyah sambal, nanti menjerit kepedasan, abang tak boleh tolong...hahahaha.

Sebenarnya kedai ini ada banyak menu, aku.nak cuba ayam bakar. Tu yang aku order. Kedai dia pun besar juga dan nyaman.

Keseluruhan makanannya adalah baik. Ayam bakar memang ayam tu di bakar. Kita Malaysia pun pernah nakan tapi kalau nak kelainan dengan sambal, tauhu, tempe dan sayur stail Bali. Anda kena cuba ler.
Wongsolo Ayam Bakar Bali
Wongsolo Ayam Bakar Bali

No comments: