Apa Itu Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apa Itu Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA)

Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA)

Sekarang ini kalau nak buat senang sahaja sebab kita boleh gunakan sistem dalam talian iaitu Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA).

Aku lebih selesa menggunakan sistem dalam talian ini sebab ia mempunyai dokumen bertulis dan kalau masih tiada tindakan senang aku print out dan pergi ke agensi yang sepatutnya.

Kalau nak tahu cara penggunaannya boleh klik manual  KESINI
Kalau rasa dah faham boleh klik ke laman web mereka  SISPAA

Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudahcara oleh teknologi terkini.

SISPAA merupakan kesinambungan daripada Sistem Integrated Pemantauan Aduan Agensi Awam (iSPAAA) yang telah dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) pada penghujung tahun 2007 dan mula digunapakai oleh beberapa Agensi Kerajaan sejak tahun 2009. Setelah mendapat respon yang positif daripada Agensi Kerajaan yang menggunapakai Sistem iSPAAA dan permintaan terhadap Sistem iSPAAA oleh Agensi-Agensi Kerajaan telah bertambah, BPA telah berkolaborasi bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan MAMPU untuk menambahbaik Sistem iSPAAA dan dijenamakan semula sebagai SPAB serta diperluaskan penggunaannya kepada Meja Bantuan Teknikal selain daripada Pengurusan Aduan.

SISPAA dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklum Balas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet.

Senarai agensi kerajaan yang menggunapakai SISPAA
» Perbadanan Putrajaya
» Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU)
» Biro Pengaduan Awam
» Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
» Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
» Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
» Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
» Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
» Kementerian Dalam Negeri (KDN)
» Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
» Kementerian Kerja Raya (KKR)
» Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
» Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
» Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
» Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC)
» Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
» Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
» Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
» Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
» Kementerian Pertahanan Malaysia (MOD)
» Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
» Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
» Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
» Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
» Kementerian Sumber Manusia (KSM)
» Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)
» Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
» Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
» MAMPU
» Pejabat Pengarah Tanah dan Galian WP (PPTGWP)
» Pejabat Perdana Menteri (PMO)
» PEMUDAH
» Pentadbiran Am JPM
» PERKESO
» Polis Diraja Malaysia (PDRM)
» SUHAKAM
» SUK Melaka
» SUK Perak
» SUK Perlis
» Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP)
» Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)


Aku ada buat aduan menggunakan SISPAA, aku  nak tengok menjadi tak atau sekadar projek yang tak updated...heheheee


SISPAA

SISPAA


Inilah pokok kat taman rumah aku yang memberi hasil daun kering setiap hari dan terpaksa membersihkannya. Dah tak boleh tahan lagi lalu kena buat repot.


Pada 6/12/2017 , aduan kami telah diterima dan cantasan pokok telah dilakukan. Terima kasih SISPAA. Mari kita lihat "SISPAA Sistem Pengurusan Aduan Dalam Talian Yang Berkesan"






No comments: