Baby Shima Peserta DAA 2017 Tidak Marah Mas Idayu - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Baby Shima Peserta DAA 2017 Tidak Marah Mas Idayu

Kalau dilihat video Mas Idayu mengamuk pada Baby Shima pada pertandingan DAA 2017 memang tak wajar. Tapi semua orang faham perangai Mas Idayu ini.


Kalau tak masakan Black anak murid dia dalam rancangan realiti  Mentor bisa menjadi penyanyi terkenal. Ini semua sebab kegarangan Mas Idayu.


Kami rakyat Malaysia amnya memang faham mulut Maa Idayu yang tak der lesen. Memang netizen kecam Mas Idayu tapi netizen pun kena faham. Mas Idayu sampai masuk hospital sebab Baby Shima marah bukan nak aniaya atau hendak memalukannya Baby Shima. Tapi merupakan kekecewaan yang amat mendalam kerana ia mempunyai harapan besar kepada Baby Shima.


Stress yang terlalu tinggi. Mas Idayu boleh buat dek jer tapi ia tegur sebab ia sayang Baby Shima. Cara marah Mas Idayu mungkin kena baiki.


PENYANYI dan peserta D'Academy Asia musim ke 3, Baby Shima berharap netizen tidak menyalahkan penyanyi Mas Idayu yang juga komentator program tersebut.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, berkata dia tidak kisah dimarahi dan menerima segala komen serta kritikan daripada penyanyi dangdut itu.

"Bagi saya, Mummy Mas Idayu marah dan komen macam itu sebab dia sayang saya. Memang patut pun saya kena marah.

"Saya tak ada masalah dan terima segala teguran. Saya harap netizen jangan salahkan Mas Idayu.

"Saya yang bersalah sebab tak ikut apa yang sudah diajarnya," kata Shima ketika dihubungi mStar Online.

Video Shima dimarahi Mas Idayu mengundang kecaman netizen. 

Shima diminta mengulas video Mas Idayu memarahi dia selepas melakukan persembahan pada malam konsert program tersebut.

Video yang mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen itu telah menjadi tular di laman Facebook.

Ketika memberi komen Mas Idayu dengan nada tinggi bertanya apakah yang Shima buat kerana persembahan dia dilihat paling teruk berbanding perserta dari negara lain.

"Apa Shima buat malam ini? (Mummy) dengar, masuk 'pitching' jahanam semua," kata Mas Idayu ketika memulakan komennya.

Rata-ratanya tidak bersetuju dengan kritikan dan komen Mas Idayu yang dianggap melampau.

Menurut Shima lagi, dia tidak dapat melakukan persembahan yang baik disebabkan tekanan dihadapinya.

"Saya tak dapat buat yang terbaik pada setiap persembahan. Ingatkan pertandingan ini boleh bawa lagu moden seperti di Malaysia.

"Tapi saya perlu menyanyikan lagu dangdut yang tidak pernah didengari dan ia memberi tekanan pada saya.

"Ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan yang begitu besar. Sebelum ini hanya kecil-kecilan sahaja," ujarnya.

Program realiti nyanyian yang berlangsung di Indonesia ini sudah bermula Oktober lalu.

Selain Shima yang mewakili Malaysia, salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu One juga turut menyertai program 

No comments: