Double Spicy McChicken Mcdeluxe Tak Pedas - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Double Spicy McChicken Mcdeluxe Tak Pedas

Double Spicy McChicken Mcdeluxe Tak Pedas



Semenjak McDonald ada membuat promosi Spicy McChicken Mcdeluxe dia ini, aku telah merasanya sebanyak dua kali sebelum membuat review ini.

Ia ada dua jenis iaitu daging seketul atau double. Sudah tentu aku memilih Double Spicy McChicken Mcdeluxe.

Memang semua rakyat Malaysia menanti burger terbaru McDonald ini setelah meletup Korean Burger dia tempoh lalu.

Aku mengharapkan Double Spicy McChicken Mcdeluxe lebih hebat dari Spicy Korean Burger, yang akui burger korean ini memang cukup sedap dan pedas.

Setelah 2 kali aku makan Double Spicy McChicken Mcdeluxe ini, review aku ialah ia tidak sepedas mana pun. Lagi pedas Spicy Korean Burger dengan roti hitam dia.

Aku takut salah membuat review sebab tu aku makan 2 kali di dua tempat berbeza supaya tidak membuat review yang salah.

Sememangnya ia tak pedas dan kalau pedas pun bukan jenis yang kita makan terasa nak makan lagi..Hampeh..

Yang baiknya ialah daging sahaja besar. Itu jer.. so kalau anda mengharapkan kelainan dalam Double Spicy McChicken Mcdeluxe anda akan kecewa.

Sebenarnya tiada apa yang menarik aku nak tulis tentang Double Spicy McChicken Mcdeluxe. Artikel terpendek tentang makanan oleh Hanif...hahaha.

Aku nasihatkan McDonald buka balik Spicy Korean Burger. Boring makan Double Spicy McChicken Mcdeluxe ini.

No comments: