Giant DiTutup Tanda Awal Ledakan Industri Digital - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Giant DiTutup Tanda Awal Ledakan Industri Digital


Cawangan pasaraya Giant akan ditutup serentak pada 5 November, berikutan keputusan untuk tidak menyambung perjanjian pajakan premis yang telah tamat.

Pemilik Giant, GCH Retail Malaysia dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insight semalam berkata, pihaknya memutuskan untuk menamatkan operasi di Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan di premis.

Apabila membaca artikel ini, perkara pertama yang aku fikirkan ialah nasib pekerja Giant yang diberi notis seminggu. Samada mereka menerima pampasan atau pindah ke cawangan lain, itupun jika ada kekosongan.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kadar pengangguran yang tinggi tapi dinafikan oleh segelintir pihak. Aku mulai risau bagaimana bekas pekerja Giant ini mahu mencari kerja lain terutama pekerja yang sudah berumur lewat 30an ke atas.

Siapa mahu mengambil mereka, lainlah kalau mereka dalam bidang managemen, mungkin ada pihak akan mengambil mereka. Bagaimana dengan pekerja yang tiada ijazah dan telah bekerja berbelas tahun di Giant. Apa kerja yang mampu mereka lakukan dengan umur sebegitu.

Dan malang lagi, pekerja tua ini adalah pekerja yang mempunyai keluarga dan komitmen yang tinggi.

Untuk pekerja 20an, aku rasa tiada masalah kerana sektor perkilangan masih mengambil pekerja bawah 30an ini sebagai operator.

Aku pernah alami keadaan ini dan terus terang aku katakan ia amat perit, dan ia akan bertambah perit selepas 3 bulan kamu tidak bekerja.

Setiap tahun pasti aku akan membaca pekerja di buang kerja. Dahulu MAS kemudian Petronas. Belum lagi industri bank yang kini ura-ura mengecilkan operasi cawangan mereka.

Dalam hal ini spesifiknya kes Giant ini banyak faktornya. Perlu diingat, industri pasaraya atau retail ini bukan terjadi pada Giant juga tetapi pada Mydin yang mengalami kerugian 2016.

Perkara utama ialah kuasa beli yang semakin menurun disebabkan tekanan ekonomi yang ganas di negara ini. Tak perlu kot aku terangkan..hahaha.

Kedua ialah lambakan pasaraya di Malaysia juga punca penutupan banyak pasaraya besar di Malaysia. Persaingan itu bagus dan jika anda tak mampu bersaing dan tiada kelebihan berbanding pasaraya lain. Maka tutup kedai ler macam Giant.

Ketiga yang aku rasa punca berlaku penutupan Giant dan beberapa industri lain ialah ledakan industri digital.

Seperti rakan aku katakan yang bekerja di UTEM, dunia kini berubah kepada industri digital.
Di Amerika, syarikat ToyrUs telah tutup kerana ia tidak mengubah diri mereka seiring dengan teknologi digital.

Industri digital secara amnya ialah budaya konsep rakyat Malaysia membeli dalam talian semakin meningkat. Semuanya di hujung papan pemuka komputer.

Nak beli TV, telepon dan sebagainya hanya lihat di kedai online sahaja. Buat masa sekarang, nak beli barang runcit mungkin kena pergi ke pasaraya. Lain-lain semuanya online. Tapi ia semakin berkembang sekarang ini. Beli ayam pun ada online..hahaha.

Tak perlu keluar dari rumah, hanya klik sahaja dan semuanya boleh dibeli. Lazada ada....hehehe.

Inilah yang berlaku pada industri bank yang tidak memerlukan pekerja di kaunter kerana masyarakat boleh buat pembayaran dan keluar duit melalui sistem online sahaja.

Inilah yang berlaku ada Giant dan industri yang lain. Saya berharap semua pekerja Giant bersabar. Kami yang melihat pun tahu keresahan anda apatah jika anda yang mengalaminya.

No comments: