Haziq Dapat Pingat - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Haziq Dapat Pingat

Haziq Dapat Pingat

Tempoh hari anak aku Haziq ada ajak kami untuk pergi ke acara penyampaian hadiah. Namun kami tak dapat pergi sebab kerja ler.

Malam tu kami pulang dan sempat melihat pingat yang dia terima. Dapat 2 pingat bro...trofi kehadiran dan trofi ketua kelas.

Ada juga penghargaan untuk kehadiran penuh yek...hehehehe. Pemberian trofi untuk kehadiran sebenarnya bagus jugak kerana ia dapat memberi semangat kepada pelajar untuk datang ke sekolah. Sebab tu kalau dia tak pergi sekolah,  merengek nak pergi. Ingatkan nak belajau rupanya nak kehadiran penuh...hehehehe.

Haziq Dapat PingatTrofi sebagai ketua kelas pula memang patut kena kasi ler sebab penat siot jadi ketua kelas ini. Cikgu datang kau yang pertama bangun kena cakap. Baru kawan-kawan kau pula cakap.

Semua kerja kau kena buat. Yalah, apa jua aktiviti kat kelas yang pertama kena ialah ketua kelas.
Namun pelajaran terbaik sebagai ketua kelas ialah kau belajar menjadi pemimpin. Kau memimpin kelas kau dan baik buruk kelas kau terpulang pada kau.

Kalau kau bagus dan rakan-rakan lain hormati kau maka mudahlah kau memjadi ketua. Kalau kawan-kawan kau jenis degil macam kau, maka ia adalah cabaran untuk kau belajar mengatasi rakan-rakan macam ni.

Selain itu dapat sijil juga, bagus untuk aktiviti ko-kurikulum dan minta pergi sekolah bagus akan datang.

Untuk aku, kita sentiasa bangga anak kita dapat apa jua habuan. Dapat pingat atau trofi menang makan pun kita gembira....hahahhaa. itu lumrah mak dan ayah ler..

Kalau tak takkan aku tulis dalam blog ni. Buat lorat jer.....hahahaha.

No comments: