Kesilapan Suami Biarkan Isteri Terlalu Berdikari - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kesilapan Suami Biarkan Isteri Terlalu Berdikari

Kesilapan Suami Biarkan Isteri Terlalu Berdikari

Aku hari ini terbaca satu artikel di facebook yang amat menarik iaitu lelaki/ suami zaman sekarang terlalu bersikap santai membiarkan isteri mereka berdikari dan menguruskan hidup seorang diri. Itulah kesilapan mereka.

Ramai aku lihat perempuan curang terdiri wanita yang bergerak sendiri tanpa perlu bantuan suami. Beli barang dapur, bikin baju, pergi jalan sendiri dengan rakan-rakan pompuan dan etc. 

Apabila pompuan ini semua kerja rumah mereka buat aehingga servis kereta pun buat sendiri. Apa guna lelaki tersebut?

Lagi satu lelaki ini masalahnya ialah kalau bini dah tahu semua kerja, mulalah malas nak ambik tahu. Si lelaki membuat justifikasi biar bini aku buat semua kerja ini dan tugas aku cari nafkah. Silap?

Lama-lama bini kau rasa bosan dan mula ler berskandal. Sebab semua kerja bini kau  buat dah macam ibu tunggal lak. Isteri keluar masuk rumah pun kau tak tanya sebab fikirkan zaman moden kena kasi kebebasan pada isteri. Ambik kau.....menangis lihat bini kau menadah kasih sayang pada jantan lain....huhuhuhu.

Itu realiti yang aku lihat. Tugas suami semua dipindah pada bini. Dah tak membantu lagi atas alasan hal rumah isteri punya tanggungjawab. Suami cari rezeki.

Lalu mana datang manisnya.

Kau orang boleh kata aku suami yang ortodok. Atau kata suami yang suka mengongkong. Dan aku bukan ortodok atau mengongkong cuma aku ingin katakan kita terpaksa.

Kau ingat setiap hari nak ambil bini kau di tempat kerja tak bosan ker. Boring tunggu, kalau kita lambat kena membebel.

Pergi Tesco lagi boring. Jadi tukang tolak troli. Kau membontot ikut barang mana nak beli. Lepas beli rasanya siapa kena angkat barang-barang, kau juga.

Waktu cuti kau pula, ada ajer projek abiskan duit. Ajak tengok wayang ler dan beli barang lagi.

Kan senang kalau aku suruh bini aku, pandu kereta beli sendiri. Tapi aku tak mahu sebab kita kena involve juga. 

Terus terang aku tak suka membeli barang dengan bini aku tapi ada kes kita terpaksa. Jangan pindahkan semua tanggungjawab pada isteri kau. Atau bahasa mudah ..ambil kesempatan...hehehehe.

Jangan biarkan mereka terlalu selesa tanpa kita. Kalau tak apa kelebihan yang kau ada.
Fikir sendiri. Ini semua politik bro..hehehehe.

Kau ingat kat tempat kerja ajer ada politik. Kat umah pun kena pandai politik untuk kekalkan autoriti kau.

Aku bercerita tentang zaman isteri zaman sekarang. Jika kaunada iman dan agama sebagai panduan, tak ler kau buat macam ini.

Tapia janganlah kau kasi peluang setan bisikkan bena jahat kat telinga bini kau sebab kau!!!

Jom baca artikel aku copy dari facebook awek ini. Nama dirahsiakan...heheheh

Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuan hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri . Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you .
Yup , perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju . Beli barang keperluan di pasaraya sendiri . Eat alone among the crowds . Menguruskan emosinya sendiri . Either menangis bawah shower . Atau seronok makan kek depan tv sendiri .
Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari . Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial , smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri . Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?
So, hati-hati...
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be 'extremely comfortable' with the ease at which she feels she can manage everything in her life . But dont take them for granted . Call , text or talk to her daily . Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-bendani.
Walau kesibukan mengejar kamu . Walau masa mencemburui kamu . At least ask her - How hectic was your day today ? Did u sleep well last night ?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia , paling dalam . Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life . Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya..
#copyandshare
#sayacopysayashare
#sharingiscaring

No comments: