Sindiket Penipuan Wang Melalui Panggilan Telefon. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Sindiket Penipuan Wang Melalui Panggilan Telefon.

Sindiket Penipuan Wang Melalui Panggilan Telefon.
Info Penting

AWAS. !!!! AWAS.!!!!.AWAS.!!!!.AWAS.!!!!

Sila berhati-hati dengan sindiket penipuan wang ringgit melalui panggilan telefon (Scammer).

Sindiket ini cukup licik dan akan memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian beribu ringgit atau berpuluh ribu ringgit. Dan ada juga yang kerugian sampai 200k lebih. 

Tektik pertama :-

Sindiket ni akan menelefon kita dan kononnya ada seseorang dari luar negara menghantar hadiah mewah kepada anda seperti beg tangan berjenama, jam tangan, barangan perabot atau apa saja. Tetapi anda diminta untuk membayar kos penghantaran kargo sebanyak 3k. Secara tak langsung, korang yang terpesona dgn hadiah tu korang akan bank in jumlah tersebut. Kemudian sindiket ni akan suruh pulak bayar cukai import sebanyak 5k. 

Tektik kedua :- 

Sindiket ini akan telefon korang dan mengatakan mereka Polis dari Bukit Aman dan mereka telah bekukan akaun bank korang sebab akaun korang ada transaksi atas urusan jual beli dadah. Untuk settle kes, korang perlu memindahkan duit dari akaun korang ke akaun sementara (akaun sindiket tersebut).. Atau korang perlu membayar sejumlah wang untuk menutup kes supaya korang tak ditangkap. Apa yang musykilnya, nombor telefon yang digunakan oleh sindiket ini adalah sama dengan nombor telefon Bukit Aman sedangkan Bukit Aman takda pun buat panggilan kat korang. Ini kepakaran sindiket tersebut, mungkin mereka hack nombor Bukit Aman. 

Setiap hari beratus orang menjadi mangsa sindiket ini dan sama jugak kes Dato' Seri Vida yang tular baru-bari ni. Dia pun boleh terpedaya dengan sindikit ni. Dan setiap hari ada saja report polis tentang kes ini PULAU PINANG juga dan ramai dah jadi mangsa mereka. Jadi, hati-hati lah..!!

Awas.!!!, JANGAN PERCAYA dan jangan lakukan apa-apa transaksi kepada panggilan tersebut. Sila maklumkan kepada ahli keluarga atau kenalan korang.

No comments: