Teknik Khatan Apa Yang Sesuai Untuk Haziq - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Teknik Khatan Apa Yang Sesuai Untuk Haziq

Teknik Khatan Apa Yang Sesuai Untuk Haziq

Pada bulan December ini, anak aku Haziq Bin Hanif akan masuk jawi atau berkhatan. Tak sabar si kecik tu nak berkhatan. Mak dan abah dia pula yang risau..hahahaha

Setelah membuat beberapa pembacaan, kaedah berkhatan terdapat dua cara iaitu kaedah konvensional dan kaedah terkini.



Kaedah konvensional

Teknik Khatan Apa Yang Sesuai Untuk Haziq

Bagi kaedah konvensional ni ada pelbagai cara jugak.. ada yang menggunakan pisau atau blade untuk memotong dan kemudiannya pendarahan diberhentikan dengan kaedah mengikat menggunakan benang. Kaedah ini dikatakan lebih selamat kerana salur darah pasti tertutup dengan menggunakan benang...dan sekarang ni kaedah konvensional telah diinovasikan dengan menggunakan satu alat yang dipanggil cautery.

Kebanyakkan dari kita memanggil alat ini laser tapi sebenarnya ianya bukanlah laser.. tapi ianya merupakan satu alat yang menggunakan bateri atau elektik yang berfungsi memotong lebihan kulit dan kemudiannya membakar saluran darah.. ianya menjadikan proses berkhatan kurang pendarahannya.. tetapi dikatakan oleh Dr Azwan lagi proses berkhatan melalui kaedah cautery ni lebih memakan masa..

Dan kerana itu jugak menurut beliau lagi, ramai doktor yang menggunakan kaedah konvensional dengan memotong menggunakan pisau dan kemudiannya membakar salur darah menggunakan cautery dan kemudiannya menjahit kulit. Proses ini akan mempercepatkan proses berkhatan.



Kaedah Terkini (Kaedah Klamp)

Teknik Khatan Apa Yang Sesuai Untuk Haziq


Kaedah terkini yang dimaksudkan ialah kaedah klamp (clamp). Kaedah ini prosesnya agak cepat dan mengurangkan risiko pendarahan semasa proses berkhatan tanpa menggunakan jahitan.

Berdasarkan  Dr Azwan sendiri ada ramai doktor yang tidak berapa menyukai kaedah klamp ini.. terutama bila melibatkan prosedur menanggalkan klamp selepas seminggu berkhatan atau bersunat..

Adakala pesakit akan mengalami sakit yang sama seperti ketika mereka bersunat dan kadangkala akan berlaku pendarahan semula.. juga ada kemungkinan berlaku jangkitan dalam kaedah klamp yang menyebabkan luka lambat sembuh.


No comments: