Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi

 Sekejap sahaja dah masuk hari kedua. Penat semalam tak hilang lagi dah kena bangun seawal 6am sebab kami akan bertolak pukul 7.30am hari ini.

Aku dan rakan aku yang sewa bilik sebelah menyebelah kami check out pukul 7.00am. Kami pergi sarapan dahulu sebab tahu mesti tak dapat makan hari ini...hehehe.

Aktiviti pertama kami ialah pergi ke Kilim GeoPark menaiki bot. Macam biasa kami tengok ikan sangkar, tengok helang dan jelajah gua kelawar.

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi

Suka hati aku melihat anak buah aku seronok menaiki bot laju dan menikmati pandangan indah di Langkawi.

Selepas kami habiskan masa di Kilim GeoPark kami pergi ke Under Water World Langkawi. Macam biasa melihat pelbagai jenis ikan.

Aku tak mahu memerangkan panjang lebar di Geo Park dan Water World sebab aku rasa ramai yang dah tahu pengalaman disana malah aku pernah menulis beberapa artikel tentang kedua kawasan ini.

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi

Selepas itu kami pergi sekejap melihat batik. Ada rakan aku ni nak beli batik untuk mak dia.. Anak mak kannn.

Selepas itu kami pergi melihat kawasan terakhir kami iaitu kawasan wajib Dataran Helang sebelum pulang menaiki bot pada pukul 4pm.

Semasa nak pulang, kami ditahan oleh pihak kastam kerana membeli barangan di Langkawi. Rupanya kalau nak dapatkan duty free kami harus tinggal selama 2 malam. Kalau tidak kami kena bayar 10% harga keseluruhan barangan.

Atas budi bicara pihak kastam kami diminta membayar sedikit bayaran tapi tak mahal. Lega rasanya...

Dalam 5.30pm kami dah tiba di jeti Kuala Perlis dan kami berangkat pulang ke Melaka pukul 6pm.

Dalam perjalanan salah satu bas mengalami kerosakan aircond dan mereka terpaksa berwap dari Gurun hingga ke Hentian Taiping.

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi

Aku tanya drebar bas macam mana, dia kata tak boleh buat apa-apa. Benggang aku dibuatnya, anak buah berpeluh kat dalam sana boleh kau cakap tak tahu.

Disebabkan aku di Taiping, abang ipar aku ada kat sana. Aku minta tolong dia. Aku dah nekad kalau aircond tak OK, aku minta tukar bas sahaja.
8
Tapi syukur alhamdulilah, tiba-tiba aircond bas dah OK. Syukur sangat-sangat....

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi

Kami tiba di Sunpower pada pukul 6am. Segalanya selamat dan walau ada pelbagai dugaan namun di permudahkan olehNya.


Team Building Sunpower Crew E adalah peojek yang merugikan aku mahu riban hilang. Lain kali.


Boleh baca:

Persiapan Team Building Sunpower Ke Langkawi 2017

Hari Pertama Team Building Crew E Di Langkawi

Hari Kedua Team Building Crew E Di Langkawi








No comments: