Hotlink Red Pass Free 999GB Facebook


Untuk pengguna hotlink ada satu lagi pakej yang lagi menarik aku rasa kau orang patut ambil kerana ia beri 999GB facebook secara percuma.

Untuk pengetahuan anda aku kini mengguna pakej Hotlink Red Pass RM70 yang memberi 10 GB. Ini semua gara-gara aku selalu updated facebook dan selalu tengok facebook. Tak boleh tahan kuasa penelanan data aku ini.

Tapi kini hotlink ada keluarkan satu lagi pakej bawah red pass iaitu Red Pass Fast Facebook yang beri 999GB data untuk Facebook. Amik kau!!!

"Free 999GB Facebook"

Dengan bayaran bulanan RM70 , anda dapat 10GB. 30 GB Happy hour yang boleh di minta tak kira masa. Sebelum ini dari pukul 7.00am hingga 7.00pm sahaja.

Dan panggilan percuma ke semua talian!!!

Sama seperti pakej Red Pass yang aku ambil tapi Red Pass pakej "Free 999GB Facebook" memberi pulangan yang lagi baik.

Sebelah ini adalah contoh red pass bulanan. Ia ada juga beri dalam harian tapi aku rasa berbaloi kalau ambil bulanan.

Maka untuk pengguna tegar Facebook dan aku rasa 99% rakyat Malaysia pengguna tegar facebook baik ambil ini.

Dulu aku ambil 10GB sebab Facebook selalu telan data aku kerana aku suka tengok video di Facebook.

Kini aku rasa 10GB terlalu banyak sebab Facebook aku dapat layari dengan 999GB bro!!! Buat apa aku nak ambil pakej RM70, baik aku ambil pakej RM45 tapi kalau kedekut ambil RM35 pun dah OK.

Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa hotlink buat 2 kategori Red Pass dengan harga yang sama dan kemudahan yang sama cuma satu kelebihan "Free 999GB Facebook". Baik aku ambil pakej ini.

Tapi ia tak heboh-heboh kan. Nasib baik jumpa masa godek Hotlink apps, aku hairan kenapa dalam kolum "Passes" ada Red Pass dan kolum "Others" ada juga Red Pass.

Dalam kolum "Passes" ia masukkan Hotlink Red Pass  Free 999GB Facebook  dan dalam kolum "others" ia masukkan Red Pass yang aku pakai ini

Inilah strategi pihak internet, biasanya kalau kita dah ambil satu pakej tu, kita akan guna sampai bila-bila. Malas nak tukar yang lain. Itulah kebiasaannya.  Tapi bila kita selalu korek kat Hotlink ini, macam-macam pakej ada dan aku rasa pakej Hotlink Red Pass  Free 999GB Facebook ini adalah yang terbaik setakat ini.

Aku tahu Hotlink mesti buat pembaharuan sebab , DiGi lagi best semua Media Sosial percuma kalau kau pilih pakej yang betul!! Bini aku pakai DiGi aku tahu ler...

Tapi disebabkan kat kilang aku ini, line DiGi lembik mahu tak mahu terpaksa pakai Maxis aka prepaid Hotlink.

Pengguna Maxis jom beralih kepada Hotlink Red Pass  Free 999GB Facebook .