Jumanji - Welcome To The Jungle - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Jumanji - Welcome To The Jungle

Jumanji - Welcome To The Jungle

Empat anak sekolah menengah menemui konsol permainan video lama dan ditarik ke dalam tetapan hutan permainan, secara harfiah menjadi avatar dewasa yang mereka pilih.

Apa yang mereka dapati adalah bahawa anda tidak hanya bermain Jumanji - anda mesti bertahan hidup. Untuk mengalahkan permainan dan kembali ke dunia sebenar, mereka perlu menjalani pengembaraan yang paling berbahaya dalam hidup mereka, mengetahui apa yang telah ditinggalkan Alan Parrish 20 tahun yang lalu, dan mengubah cara mereka berfikir tentang diri mereka sendiri - atau mereka akan terjebak dalam permainan selama-lamanya.

Tugas mereka adalah memulangkan permata mata Jaguar yang dicuri oleh penjahat berkuasa jahat. Selagi mereka tidak berjaya menyelesaikan misi ini selagi itu mereka akan kekal dalam dunia permainan Jumanji ini.


Jumanji - Welcome To The Jungle
Itulah sinopsis ringkas tentang cerita Jumanji terbaru 2017 sambungan dari cerita 1995 yang popular giler tu. Pernah anda tengok Jumanji 1995. Memang best cerita tu..

Tapi kita nak dengar tentang lakonan terbaru The Rock serta Jack Black yang memang menjadi idola aku. Pertamnya rating filem ini aku kasi 4.8/5. Tinggikan ....yaaa sebab ia memang best.

Sepanjang perjalanan cerita ini penuh dengan komedi.  Empat pelajar yang disedut ke dalam konsol permainan ini akan menjadi watak yang mereka pilih . The Rock membawa watak sebagai Dr, Bravestone yang mempunyai tubuh sasa. Yang memilih watak Dr. Bravestone ini ialah budak nerd yang bernama Spenser.

Memang kelakar apabila Spenser tiba-tiba melihat tubuhnya berotot,,hahahahaha. Manakala si gadis genit Bethany kononnya memilih watak Profesor Shelly Oberon. Ingatkan watak perempuan rupany awatak lelaki gemuk..hahahahaha. Ini termasuklah lagi 2 rakan mereka.

Permulaan cerita dah cukup kelakar, Belum lagi melihat The Rock yang baru nak mempelajari kekuatannya, menmumbuk dengan tak tentu hala.

Sebenarnya filem ini pada dasarnya hanya biasa-biasa sahaja. Tak der yang istimewa tetapi pelakonnya bijak membawa watak mereka membuat filem ini meletup.

Memang best tengok filem ini, babak dikejar oleh badak putih dan melarikan diri dari penjahat yang bermotor. Belum lagi melihat watak manja si Morgan yang berada dalam watak tubuh Ruby Roundhouse mengoda penjahat. Satu lagi aksi kelakar....

Filem yang wajib tengok untuk anda






No comments: