Kecuaian Ibu Bapa Penyebab Anak Gadis Hilang - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kecuaian Ibu Bapa Penyebab Anak Gadis Hilang

Kecuaian Ibu Bapa Penyebab Anak Gadis Hilang

Kecoh dan viral apabila kisah seorang gadis bernama Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16 dipercayai dilarikan oleh lelaki yang menyamar sebagai polis.

Tapi yang peliknya kenapa mak beliau membenarkan anak perempuannya ikut lelaki yang menyamar sebagai polis itu ambil motosikal di balai.

Gila ker, kau percaya anak perempuan kauikut lelaki walau pun betul dia polis dan kau tak kenal pula bantu ambil motosikal di balai. Kalau aku ler, jangan mimpi aku nak benarkan anak perempuan aku ikut lelaki yang aku tak kenal.

Tak pasal-pasal anak kau dilarikan dan nasib baik jumpa balik, tapi macam mana keadaannya. Adakah ia tidak dinodai, Nasib baik jumpa balik kalaua kena jual!!!

Maaf kalau artikel ini kasar sangat tapi inilah sikap orang melayu kita suka sangat percayai orang hingga hilang anak dara kau. Belum lagi kisah kau kahwinkan anak dara kau dengan lelaki Pakistan kononnya tokey karpet dan kuat agama rupanya tak pekerja. tanggunglah biawak hidup itu.

Kalau lihat gambar, lawa anak dara ini dan aku berharap ianya selamat semasa kehilangannya. Janganlah beliau trauma pula.

Seorang pelajar perempuan dipercayai dilarikan seorang lelaki menyamar polis dari rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, dekat sini, petang semalam.

Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, dipercayai dilarikan seorang lelaki mengaku anggota polis bernama Faiz dan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan serta berusia dalam lingkungan 20-an.

Ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata sebelum kejadian Nur Syaminn Nabila, pelajar sebuah sekolah menengah di sini, keluar membeli buku sekolah untuk adiknya kira-kira jam 11 pagi.

"Selepas itu dia singgah membeli pisang goreng di gerai berhampiran simpang Ulu Gali dan di situ dia bertemu seorang lelaki mengaku anggota polis yang meminta pertolongannya untuk membawa motosikal baharu dibelinya di sebuah premis di Sungai Ruan.

"Lelaki itu kemudian mengikuti Nur Syaminn Nabila ke rumah dan bertemu dengan saya, ...dia memperkenalkan diri sebagai Faiz dan bertugas di Balai Polis Sungai Ruan.

"Dia juga beritahu mahu meminta tolong anak saya untuk mengambil motosikal baharu dibelinya, tanpa syak wasangka saya membenarkannya dan mereka menaiki sebuah kereta berwarna perak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suri rumah itu berkata, kira-kira jam 3 petang dia menerima panggilan dari anaknya yang memberitahu dia berada di Gua Musang, Kelantan bersama lelaki itu.

"Sambil menangis dia memberitahu gelang emas dipakainya diambil lelaki itu sebelum talian diputuskan, ...saya kemudian memeriksa dengan rakan yang juga anggota polis dan mendapati tiada anggota bernama Faiz di Balai Polis Sungai Ruan.

Terbaru:

Pelajar perempuan yang dipercayai dilarikan seorang lelaki menyamar polis dari rumahnya di Ulu Gali, Sungai Ruan, dekat sini, petang kelmarin, ditemui selamat pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata Nur Syaminn Nabila Mohd Sapawi, 16, ditemui berseorangan di stesen bas di bandar ini jam 11.05 pagi.

"Soal siasat awal mendapati mangsa menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Raub dan anggota kami mengambilnya di stesen bas berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Raub untuk pemeriksaan lanjut.

"Kita masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek yang dikatakan melarikan mangsa petang kelmarin," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

No comments: