Makan Di Mee Udang Kak Rose Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Makan Di Mee Udang Kak Rose Melaka

Mee Udang Kak Rose Melaka


Hari ini mencuba mee udang viral Melaka iaitu Mee Udang Kak Rose yang berdekatan dengan rumah aku. Bertahun duduk baru sekarang dapat peluang pergi ke sana. Dulu ia tak ler viral sangat tapi semenjak zaman viral media sosial ini, meletup plak Mee Udang Kak Rose Melaka ini.

Kalau ke sana, order jer Mee Bandung Udang yang berharga sepinggan RM15. Macam gambar kat atas tu. Jangan order yang lain sebab bini aku order Mee Basah Udang tapi tak nampak udang pun....mungkin dia lupa letak udang kot..ahaks.

Kawasan persekitaran sana bersih dan ada air pancut tapi air pancut dia tak tukar air ,berbau sikit ler.
Berbalik pada Mee Udang Kak Rose Melaka, kalau kita lihat gambar kat atas tu ia memang tak lokek dengan udang besar  RM15 memang harga yang berbaloi untuk makanan ini. Di tambah dengan telur setengah masak kat tengah-tengah.

Warung kampung tapi hiasan tak mahu kalah tahap hotel ...ahaks. Terbaik Mee Udang Kak Rose Melaka.

Cuma aku tak suka sangat makan udang, so dua ekor aku kasi kat bini aku . Yang selebihnya aku bedal. Bukan aku tak suka udang tapi malas nak mengopek kulit udang tu...heheheh.

Kuah dia memang meveles, habis licin bini aku dan aku sedut kuah udang dia. Terbaik setakat yang aku makan di Melaka, kalah  Mee Udang  Mak Jah viral di Taiping tu. Memang tak boleh lawan.Nak kata pedas tak ler pedas sangat tapi pedas sikit ler....susah nak cakap.

Kalau nak makan ke sana tak susah, pakai GPS dah jumpa. Kedai popular mesti senang cari kalau pakai GPS. Atau anda boleh klik GPS INI


Kalau nak parking aku sarankan, anda parking kat luar sebab parking kat dalam kecil dan leceh kalau nak keluar pada waktu peak time dia. Lagi baik parking tepi jalan supaya senang nak balik nanti.

Jika ke Melaka, jangan lupa singgah ke Mee Udang Kak Rose Melaka.


Mee Udang Kak Rose Melaka

Mee Udang Kak Rose Melaka



No comments: