Tempikan Kosong Mahu Bebaskan Baitul Maqdis - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tempikan Kosong Mahu Bebaskan Baitul Maqdis

Tempikan Kosong Mahu Bebaskan Baitul Maqdis
Rakyat Palestin perangainya sama seperti  Melayu yang marahkan Cina kerana Cina kaya dan bolot semua peluang perniagaan di Msia. 
Rakyat Palestin mainkan isu Ketuanan Palestin,  tapi selepas 60 tahun bermegah dengan ketuanan, habuk pun tarak.  Inilah beza masyarakat yg menggunakan otak dan yg tidak menggunakan otak.
Masyarakat Yahudi yg dtg ke Palestin atau Jerusalem bukan duduk goyang kaki kemudian tiba-tiba menjadi kuat.  Mereka dulu pun dihina dan dihalau serta dibunuh.  Tapi mereka tidaklah mengalah dan mengharapkan tuhan dan doa semata-mata.  Mereka berusaha kuat sama seperti Cina yang datang ke Msia.
60 tahun dulu orang-orang Cina di kampung ana ramai yg miskin.  Mereka juga mempunyai hobi yg sama spt Melayu iaitu kuat bercumbu.   Apabila anak mereka ramai dan tidak lagi terjaga oleh mereka,  mereka akan menghadiahkan anak tersebut kepada orang  Melayu yg dilihat lebih kukuh dan stabil.
Itu semua kisah dulu.  Cina sekarang sudah kaya raya,  sudah kuat dan kukuh ekonominya.  Mereka bukan tiba-tiba jadi kuat dan kaya.  Semuanya hasil kerja keras.  Mereka berniaga walaupun pada hari Ahad atau cuti umum.  Mereka berjimat dan uruskan kewangan dengan betul. 
Melayu boleh bising pasal ketuanan Melayu sampai berbuih mulut,  mereka tidak peduli pun.  Mereka boleh beli negara Msia kalau mereka mahu.  Mereka ada beribu-ribu jutawan senyap di seluruh Msia.
Berlainan dengan Melayu dan Palestin.  Mereka cukup pandai bertempik tentang "HAK ISTIMEWA" tapi mereka tidaklah istimewa.  Mana mungkin bangsa yg malas seperti Melayu dan bangsa yg suka melontar batu adalah golongan yg istimewa. 
Palestin bertempik kepada dunia bahawa mereka adalah tuan kepada tanah yg diduduki oleh rejim Israel,  dan suara mereka ini di sahut pula oleh seluruh negara Islam atas dasar "kesucian" Masjid Al Aqsa atau Baitul Maqdis. 
Tetapi bak kata bijak pandai,  the meaning of insanity is "to  keep repeating  the same things and expect different results".  Inilah kegilaan umat Islam yg tidak melihat subjek sebegini dengan mendalam.
Masalah Palestin bukanlah masalah umat Islam,  tapi umat Islam lah masalah kepada rakyat Palestin.  Seluruh dunia Islam bersungguh-sungguh menyokong "intifidah" (holy war) sewaktu zaman Yasser Arafat memegang tampuk kuasa di Palestin.
Kemudian lahir pula  pelbagai lagi puak-puak pemisah bersenjata seperti Hamas dll. Ini semua bersumberkan idea "jihad" dan "perang suci" di mana konsep "an eye for an eye" di laksanakan.
Itu belum termasuk perangai orang Palestin yg suka melontar batu kepada polis Israel hanya kerana protes atas sesuatu isu.  Contohnya pada tahun 2000,  Ariel Sharon melawat Baitul Maqdis,  dan penduduk Palestin memulakan protes dgn melontar batu atas dasar emosi.  Akhirnya berlaku tembak menembak dan sudah tentu yang memegang batu akhirnya akan mati.  Inilah sahaja kaedah yg dilaksanakan oleh rakyat Palestin atas nama "jihad" dan "Hak Ketuanan". 
Dan kita orang Islam yg jumud otaknya terlibat sama bersetuju dgn "jihad" sebegini lalu memanjangkan jihad sebegini didepan Kedutaan Amerika dengan membakar dan memijak bendera Israel.  Hasilnya apa?
Cuba perhatikan,  setelah berpuluh tahun intifadah dan acara baling batu berjalan,  dan Yasser Arafat pun telah kembali ke alam barzah,  kawasan yg ditakluki Israel tidak pernah mengecil.  Dimana kejayaan Palestin?  Yang nyatanya permusuhan antara warga Palestin dan Israel tidak pernah kendur.  Warga Palestin tidak maju dan nasib mereka tidak berbeza dgn majoriti orang-orang Arab yg lain yg menjadi jiran mereka.
    Rejim Israel adalah rejim yg diasaskan kepada kekuatan ketenteraan.   Kenapa?
    Kerana mereka ini sudah tersangat maklum bahawa kekuatan ketenteraan adalah jaminan kemuliaan di atas dunia. 
    Mereka tidak akan sesekali mengizinkan lagi bangsa mereka dihalau dan mengalami "holocaust" utk kali kedua. 
    Tugas setiap individu Israel adalah menguatkan diri sendiri dgn ilmu dan membina negara bangsa mereka supaya dihormati di seluruh dunia. 
    Dan hasilnya,  Amerika juga tunduk dengan Israel, tidak mungkin Israel akan tunduk dengan Arab atau Palestin yg tidak punya apa-apa untuk ditakutkan.
Inilah hakikat yg orang Palestin dan Melayu tidak faham.  Mereka fikir jeritan, emosi, demonstrasi dan perkataan "suci" boleh menyelesaikan konfrontasi. 
Jika dunia mahu isu Israel-Palestin selesai,  ianya telah lama mampu diselesaikan berpuluh-puluh tahun dahulu.  Tetapi kedua-dua negara bertengkar hanya atas satu label, "SUCI". Tetapi yg menang tetaplah yg lebih kuat,  bukan lebih benar atau suci.
Semua tanah dibumi tuhan ini bukanlah hak mutlak sesuatu bangsa. 
Iraq dan Afghanistan boleh jadi hak Amerika selepas di bom dan dijajah. 
    Kota Baitul Maqdis mempunyai sejarah panjang bertukar pemilik dari Kristian kepada Islam. 
    Sewaktu Saladin menawan Baitul Maqdis,  orang Islam menggelarkannya sebagai perang suci utk menawan masjid suci Islam.  
    Tetapi apabila Richard The Lion Heart  (King Of England) datang untuk menakluk Baitul Maqdis,  mereka ini di gelar perampas. 
    Walhal Saladin juga merampas Baitul Maqdis dari orang Kristian. 
    Inilah resam dunia. 
    Siapa kuat dialah kudrat.  Penjajahan berlaku sepanjang masa. 
    Gerombolan tentera Islam dahulu juga adalah penjajah kerana mereka kuat. 
    Viking,  Mongol,  Rome,  Persia semuanya kuat dan menjajah. 
    Yang lemah akan dijajah. Adakah ini sesuatu yg pelik?
Sekarang ini Israel adalah bangsa yg agung lagi kuat.  Mereka mampu tinggal dipagari oleh seluruh negara Islam yg acah-acah kuat dan kesemua negara Islam ini tidak mampu mengalahkan Israel. 
Lalu utk menutup malu,  negara-negara Islam menyarankan "boikot",  "rundingan" dan "sidang damai".  Walhal di hati mereka,  mereka ini mahu membunuh orang-orang Israel yg dilabelkan sebagai "perampas" dan musuh Islam,  tetapi apakan daya,  mereka ini lemah dan hanya mampu membeli senapang 2nd hand sahaja.
Untuk menyatakan kpd dunia bahawa orang Islam ini sangat bermaruah dan bijak dalam urusan agama,  mereka melancarkan slogan "Pembebasan Baitul Maqdis" atau "Pembebasan Masjidil Aqsa".  Ini semua retorik kosong yg mereka sendiri tahu tidak akan pernah  berjaya. 
Didepan umum mereka tunjukkan bahawa mereka ingin "berjihad",  tetapi mereka sedar berjihad dengan memakai kain pelikat adalah kerja orang gila.
Orang Islam tidak punya banyak pilihan.  Sepanjang zaman mereka ini telah didoktrinkan dgn doktrin "Yahudi dan Kristian tidak akan sesekali redha dengan kamu sehingga kamu mengikut agama mereka".  Frasa keramat inilah yg membuatkan orang-orang Palestin mati bergelimpangan sepanjang tahun.  Jangan kita sangka orang-orang Yahudi tidak tahu tentang perkara ini.
Bayangkan,  beratus-ratus tahun orang Islam mempromosikan bahawa Yahudi dan Kristian itu musuh Islam.  Apa agaknya perasaan orang yg dituduh "musuh" ini?  Apabila dunia menggelarkan orang Islam sebagai terrorist atau pengganas,  orang Islam semua kepanasan dan tegas mengatakan bahawa bukan semua orang Islam itu jahat dan ganas.  Tetapi bayangkan,  orang Yahudi digelar musuh Islam sepanjang masa dan waktu oleh seluruh ulamak dan semua lapisan orang Islam.  Apakah ini pendekatan yg bijak oleh orang Islam?
Pernahkah para ulamak berfikir untuk membuang frasa keramat "Yahudi dan Kristian itu musuh Islam"?  Pernahkah ada gesaan utk membuat ungkapan dan tafsiran baru tentang musuh kemanusiaan bukanlah Kristian dan Yahudi,  tetapi sesiapa saja yg mengamalkan ajaran syaitan dan iblis. 
Dan pengamal ajaran syaitan dan iblis ini wujud di semua negara termasuk Arab Saudi yg memegang kunci dua kota suci Islam.
Sungguh pelik perangai sombong umat Islam.  Mereka lemah dan poyo tetapi berani menjual idea "peperangan" kepada sesiapa saja yg dikategorikan musuh.  Akhirnya kesombongan sebegitu memakan korban yg berpanjangan.
Lihatlah masyarakat Palestin, setelah 70 tahun berlalu,  mereka masih menggunakan batu untuk menentang rejim Israel yg dimaklumi mempunyai antara ketumbukan ketenteraan yg paling hebat di dunia.  Orang-orang Palestin sangat ber"emosi" dengan terma penjajahan "kota suci" Baitul Maqdis. 
Perangai mereka sama seperti Melayu yg tersinggung apabila orang-orang kafir menjadi kuat dan kaya walhal mereka sendiri yg malas. 
Mereka hanya tahu melaungkan retorik kosong. Sedang dalam Quran jelas menyatakan bahawa "tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu sendiri tidak mengubahnya".
Sebelum negara Israel wujud pada tahun 1948,  orang-orang Yahudi yg bertebaran di seluruh pelusuk dunia juga mahu kembali ke tanah suci mereka.  Atas kepandaian dan licik dalam politik,  mereka akhirnya berduyun-duyun pindah ke Palestin. Tetapi jika berpindah semata-mata tidak cukup.  Mereka tahu mengawal dunia dengan kepandaian dlm semua bidang termasuk urusan perbankan.  Hanya bodoh dan pandai sahaja yg mampu membezakan antara kejayaan dan kegagalan.
Israel dan Jepun adalah dua contoh mutlak bagaimana kepandaian akan mengubah takdir.  Orang Melayu dan Islam hanya percaya kpd hadis dan kisah-kisah lampau bahawa suatu hari nanti Baitul Maqdis akan dibebaskan,  soalannya;
DIBEBASKAN DENGAN APA? 
*Artikel ini saya copy and paste. Jangan kecam saya pula ✌

No comments: