Tuduhan Kepada Cikgu Azizan Di Tarik Balik - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, December 19, 2017

Tuduhan Kepada Cikgu Azizan Di Tarik Balik

Tuduhan Kepada Cikgu Azizan Di Tarik Balik

Syukur alhamdulilah, atas doa orang ramai Cikgu Azizan bebas dari tuduhan mencederakan anak muridnya.
Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa dibebaskan Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu.
Majisteret Mohd. Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,  Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan itu, dituduh kerana dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.



Untuk ibu bapa di luar sana...
BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.
Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya
Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa
Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan
Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa
Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi
*ustazah Aizah
18 Disember 2017

No comments: