99Speedmart Kisah Si OKU - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

99Speedmart Kisah Si OKU

99Speedmart. Kisah Si OKU
Renung²kan
LEE THIAM WAH an Inspirational Story
1. Dia dilahirkan pada tahun 1964; diserang polio sewaktu kecil dan hilang kaki. Kini, beliau berkerusi roda. Ayahnya seorang buruh pembinaan. Ibunya penjaja. Dia ada 11 orang adik beradik.
2. Oleh kerana keluarga miskin, dia bersekolah setakat darjah enam. Sewaktu kecil, emaknya selalu bertanya, "Kamu cacat dan tidak bersekolah tinggi. Sekiranya kamu tidak bekerja keras, apa akan jadi dengan kamu?"
3. Sebagai OKU, dia tidak ada pilihan. Dia menjual makanan ringan di pinggir jalan. Pada usia 23 tahun, dia dapat mengumpulkan RM5,000 dan itu jadi modal untuk dia buka sebuah kedai runcit di Klang.
4. Pada tahun 1992, dia menjual kedai runcit itu pada harga RM88,000 dan itu menjadi modal untuk dia buka pasar mini pertama.
6. Di peringkat awal, pasar mininya hanya beroperasi di Klang dan mensasarkan pelanggan berpendapatan rendah dan pekerja warga asing.
7. Tagline yang digunakan untuk menarik mereka, "Dekat lagi murah."
8. Pada tahun 1999, dia menukar nama kedai menjadi 99Speedmart.
9. Hari ini, dia memiliki 1,000 buah pasar mini 99Speedmart di seluruh negara.
10. Sekiranya Lee Thiam Wah yang duduk di atas kerusi roda boleh memiliki empayar perniagaan runcit, apa lagi alasan untuk kita tidak berusaha?

99Speedmart. Kisah Si OKU

No comments: