Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)


Bermula bulan Januari 2018, Kementerian Sumber Manusia Dan PERKESO  menubuhkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk menjaga kebajikan pekerja yang dibuang kerja.

Jika kita lihat sejak beberapa tahun ini, kadar pembuangan kerja setiap tahun semakin tinggi.  Dah macam acara tahunan mesti ada yang kena buang kerja.

Dengan kadar hidup yang tinggi, nak menyimpan duit pun susah dan memang tak menyimpan pun sebab dengan gaji yang ada pun semput...

Nasib baik pihak kerajaan ujudkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk membantu pekerja yang dibuang kerja. Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) ?

APA ITU SIP?
Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.

1. Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.

2. Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.

3. Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional

Apa Itu Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)

TAKRIF LIPUTAN
Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

KADAR CARUMAN
Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN
Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
Persaraan orang berinsurans ; atau
Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.

TATACARA BAYARAN CARUMAN
Untuk membuat bayaran caruman SIP, sila muat turun Lampiran 1.

Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam Lampiran 1.

Email Lampiran 1 ke carumanSIP@perkeso.gov.my dengan menggunakan tajuk seperti berikut:
[Caruman SIP]: {Kod Majikan} – {Bulan / Tahun Caruman}
Contoh : [Caruman SIP]: A38000012061 – 02/2018

Sediakan cek, kiriman wang atau wang pos dengan jumlah seperti di Lampiran 1. Sila pastikan butiran cek, kiriman wang atau wang pos adalah lengkap seperti berikut:
Bertarikh dalam tempoh sah laku;
Dibayar atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO;
Jumlah bayaran dalam angka hendaklah bersamaan dengan jumlah dalam perkataan;
Telah ditandatangani;
Tiada sebarang pindaan pada cek, kiriman wang atau wang pos;u
Nama, Nombor Kod Majikan, bulan dan tahun caruman beserta nombor telefon hendaklah dicatat di belakang cek, kiriman wang atau wang pos; dan
Jumlah amaun pada cek, kiriman wang atau wang pos hendaklah bersamaan dengan jumlah amaun perlu dibayar.

Sila ke Pejabat PERKESO berdekatan dengan membawa :
cek, kiriman wang atau wang pos; dan
cetakan bukti penghantaran email seperti di Para 3.

Pejabat PERKESO akan mengeluarkan Slip Akuan Terimaan Bayaran Caruman SIP kepada majikan.

Pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT), perbankan internet atau FPX tidak dibenarkan buat sementara waktu.


FAEDAH SIP

Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula

Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.

Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.

Elaun Latihan (EL)
Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan

Fi/Yuran Latihan (FL)
Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar


Last updated on 31st Dec 2017

Sumber: Copyright 2017 PERKESO- All Rights Reserved





No comments: