Bermulanya Sistem Kelas Campuran Pelajar Lemah Dan Pandai Di 2018

Bermulanya Sistem Kelas Campuran Pelajar Lemah Dan Pandai Di 2018

Hari ini budak –budak sekolah dah mulakan persekolahan mereka setelah lama bercuti di rumah. Anak aku pun sudah mula menganjak ke darjah 5 dan seorang lagi Tingkatan 3.
Cepat betul anak-anak aku membesar, belum cukup puas melihat telatah mereka semasa kecil.

Tapi itu bukan persoalan yang aku nak bincangkan tetapi nak bincang tentang sistem penyusunan kelas yang baru dilaksanakan dimana pelajar yang lemah dan baik kini disatukan di kelas yang sama. Dahulu kalau kita sekolah,  budak-budak pandai ini semuanya diletakkan di satu kelas yang baik. Biasanya kelas ini namanya agak gah seperti Kelas  5A. Kalau ada ‘A” kat depan tu memang semua tahu kelas tu budak pandai punya kelas.

Manakala untuk pelajar lemah atau pelajar malas pula diletakkan di kelas yang tercorot, lagi lemah kau lagi corot. Kalau kau pelajar pertengahan maka kelas kau di tengah-tengah ler. Macam aku dulu ler, kelas aku ada 7 kelas. Ertinya kelas A hingga G. Aku dalam kategori kelas C atau D ler iaitu budak pandai pertengahan…hehehehehe. Kalau budak budak tahap lembab giler, kena campak kat kelas G.

Itu dahulu !!! Tapi bermula pada tahun ini iaitu 2018, semua pelajar telah dicampurkan, tiada lagi kelas pandai atau lembab aka bodoh. Ini kerana ada ibubapa menggunakan saluran PIBG sekolah merasakan sistem pengasingan budak pandai dan lembab tidak adil kerana dilihat cikgu memilih kasih. Cikgu didapati terlalu memberi perhatian kepada kelas yang pandai dan mengabaikan murid-murid kelas lembab ini. Tujuannya ialah untuk mencapai KI sekolah.

Peluang murid-murid lembab ini untuk maju ke hadapan amat tipis kerana persepsi awal cikgu terhadap mereka sudah di tentukan iaitu mereka pasti gagal dalam peperiksaan. Maka tak perlu ler sangat nak tumpukan pada kelas sebegini. Guru yang ditugaskan mengajar ke kelas lembab ini pun diletakkan guru-guru kategori lembab…hehehehe. Manakala guru-guru super A diletakkan di kelas yang pandai.

Atas perkara inilah ramai ibubapa mengeluh tentang sistem pengasingan pelajar lemah dan baik ini. Maka tahun ini system pengasingan telah ditamatkan dan sistem campuran telah dilaksanakan. Tak pasal-pasal anak aku dalam kelas A kena pergi ke kelas C…hahahahaha.

Untuk aku sistem campuran ini ada baik dan buruknya. Yang baiknya ialah pelajar lemah berpotensi untuk maju ke depan kerana bercampur dengan pelajar pandai yang lain. Dalam erti kata memberi motivasi diri untuk mereka bersaing. Manakala pihak sekolah pula terpaksa memberi sikap adil pada semau kelas kerana pelajar pandai mereka berada di semua kelas.

Tetapi untuk aku, bahayanya sistem campuran ini ialah pengaruh pelajar lemah ini kepada pelajar pandai ini. Biasanya pelajar yang lemah ini kuat bermain dan tidak fokus. Salah satu faktor pelajar itu baik atau tidak ialah percampuran sosial mereka. Jika pelajar lemah ini mempengaruhi pelajar pamdai ini maka pelajar pandai ini akan menjadi lemah…hehehehe. Dan jika pelajar pandai ini berjaya mempengaruhi pelajar lemah ini maka pelajar ini akan menjadi pandai.

Ada 2 perkara akan berlaku pada sekolah yang mengamalkan kaedah system campuran ini samda KI akan meningkat mendadak atau KI akan turun mendadak.

Kedua sistem kelas campuran ini akan menyebabkan minda pelajar pandai terbantut sebab kurangnya saingan dalam kelas dan harapan semua cikgu terletak pada beliau di kelas ini. Kasihan pada pelajar pandai ini, nak cari kumpulan belajar semuanya tak ada saingan. Kalau ia buat kumpulan belajar, dia pula kena mengajar. Lalu apa keuntungan pada pelajar pandai ini.. ZERO…

Walau bagaimana pun system ini baru di ujudkan, mari kita lihat keputusan system ini pada tahun ini melalui keputusan peperiksaan besar sekolah. Nak tahu sistem ini berjaya atau tidak, kita boleh lihat dari keputusan peperiksaan pertengahan pun dah  cukup.