Prosperity Burger Kembali - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Prosperity Burger Kembali

Prosperity Burger McD.


Prosperity Burger telah kembali menandakan tahun baru cina hampir tiba. Aku rasa artikel Prosperity Burger ini setiap tahun aku buat disebabkan ianya adalah kegemaran kami suami isteri. Setiap tahun mesti tak miss mesti nak makan Prosperity Burger McDonald ini. Bukan sekali yer.. tapi berkali-kali/

Kami tahu makan burger ini tak baik sebab kolesterol tinggi tapi sesekali makan Prosperity Burger McD yang keluar setahun sekali apa salahnya.

Prosperity Burger McD ini merupakan salah satu burger mereka yang terbaik khas untuk Tahun Baru Cina. Prosperity Burger McD ini ada dua jenis daging iaitu lembu dan ayam. Manakala tahap ketebalan daging anda boleh minta sekeping daging atau 2 keping daging, yang penting bayar sahaja.

Prosperity Burger McD.

Kelebihan Prosperity Burger McD ini untuk secara peribadi ialah pertama dagingnya. Burger yang sedap mahu tak mahu kena pakai daging lembu atau beef juga. Kalau ayam kurang menyerlah sangat.

Kedua ialah sos lada hitam dia yang sedap hingga menjilat jari. Dia punya lelehan sos tu buat kau rasa geram sahaja. Itu sebab kalau aku beli Prosperity Burger McD  ini aku mesti beli double beef. Inilah kekuatan Prosperity Burger McD  ini, kalau tak der lada hitam bukan namanya Prosperity Burger McD.

Selain itu dalam set Prosperity Burger McD ia ada kasi kentang.Kentang dia pun lain dari yang iaitu jeis putar dan rasanya juga berlainan dengan kentang standard McD. Dalam bahasa omputih ia kata Twister Fries. Kentang dia agak masin tapi sedap,

Selain itu itu ia ada kasi minuman yang bernama McFizz menemani Prosperity Burger McD anda. Untuk aku air tu biasa-biasa sahaja. Kentang Twister Fries.dan McFizz untuk hanyalah side kick  Prosperity Burger McD.

Kalau  Twister Fries.dan McFizz tiada pun aku rasa puas makan Prosperity Burger McD sahaja. Kau tengok gambar daging yang aku amik ini, penuh satu daging dia sapu lada hitam atau black pepper dan diletakkan juga bawang. Mahu tak meleleh jiwa kau nak ngap burger ini.

Untuk pengetahuan seperti biasa aku bukan nak promosi McD tapi Prosperity Burger McD ini memang sedap aku nak kata macam mana lagi...hihihihi

No comments: