SOLIDARITI BUAT CIKGU IDZAHRIL - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Sunday, January 7, 2018

SOLIDARITI BUAT CIKGU IDZAHRIL

SOLIDARITI BUAT CIKGU IDZAHRIL

Semalam saya bertemu dengan Cikgu Idzahril. Beliau seorang yang sangat tenang, lemah lembut ketika berbicara, tutur katanya juga sangat berhemah dan begitu menyenangkan. Walaupun kali pertama saya bertemu dengan beliau, saya rasa kami seolah-olah sudah lama kenal.

*Siapa Cikgu Idzahril?*
Beliau sebenarnya adalah seorang guru bahasa Inggeris yang telah mengabdikan dirinya dalam dunia pendidikan selama 29 tahun. Seorang yang telah melahirkan ratusan atau mungkin ribuan insan-insan berjaya pada hari ini tanpa mengira kaum.

*Kenapa dengan Cikgu Idzahril?*
Cikgu Izahril kini berdepan dengan hukuman jenayah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan hanya kerana memukul anak muridnya dalam kejadian yang berlaku pada 2.8.2017 yang lalu.
Hanya kerana kes pukul tersebut, Cikgu Idzahril telah melalui fasa hitam sebagai seorang pendidik tanpa sebarang pembelaan dan bantuan. Segalanya beliau lalui secara bersendirian. Katanya, "saya tidak mahu kecoh-kecoh. Saya berserah pada Allah".

Berjam-jam Cikgu Idzahril disoal siasat oleh polis. Sebulan kemudian beliau diminta hadir ke mahkamah. Seteleh kes dibaca majistret mengenakan ikat jamin RM4000 tanpa Cikgu Idzahril diberikan peluang membuat rayuan. Kes samseng pukul orang, kes dadah, kes pecah rumah ikat jaminnya tak sampai RM3000 tetapi kes mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna nilai jaminannya RM4000.

Masa itu Cikgu Idzahril tidak membawa wang yang cukup. Maka beliau kemudiannya digari dan disumbat ke dalam lokap bersama penjenayah-penjenayah lain sementara tunggu untuk dijamin oleh isteri beliau. Merengkoklah Cikgu Idzahril seketika di dalam lokap bersama-sama dengan penagih dadah, pesalah pecah rumah, samseng dan beberapa OKT lain yang semuanya kes berat-berat belaka berbanding Cikgu Idzahril.

Bila mereka tahu kisah Cikgu Idzahril, kata salah seorang OKT, "cikgu mesti kena pukul budak-budak. Kalau tak pukul nanti dia orang jadi macam kami..."

*Bagaimana hendak membantu Cikgu Idzahril?*
9.1.2018 (Selasa) ini Cikgu Idzahril akan hadir lagi ke Mahkamah Majistret Juru untuk pendengaran kes beliau. Ayuh kita berhimpun beramai-ramai sebagai tanda sokongan dan solidariti kita kepada Cikgu Idzahril.
Guru memukul kerana mahu mendidik bukannya memukul kerana suka-suka atau ikut perasaan. Guru tidak sewajarnya disamakan dengan penjenayah atau dilayan seperti penjenayah.Guru sewajarnya mendapat pembelaan bukannya didakwa dan dihukum.

Ingatkah kita tentang kisah duka Cikgu Azizan yang dihadapkan ke mahkamah baru-baru in? Kini Cikgu Idzahril berhadapan dengan kisah yang sama. Malah jauh lebih teruk lagi kerana beliau kini sedang dibicarakan. Cikgu Idzahril bakal dihukum oleh mahkamah. Jasa beliau sebagai pendidik selama 29 tahun juga bakal lenyap sekiranya mahkamah mendapati beliau bersalah. Pastinya seorang insan yang banyak berjasa ini akan hilang segala-galanya. Hilang kerja, hilang gaji, hilang pencen dan hilang maruah sebagai seorang yang dihormati masyarakat. Inilah nasib yang bakal dihadapi oleh seorang insan bernama guru...
#Pray4CikguIdzahril
#GuruPendidikBukanPenjenayah
Coretan Azdy Mohd Arshad
Ketua Penerangan
GPMS Negeri Pulau Pinang

No comments: