The Commuter - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Tuesday, January 23, 2018

The Commuter

The Commuter

Hari ini menonton filem lakonan terbaru hero otai iaiti LIam Nelson yang bertajuk The Commuter. Sebuah filem aksi yang menarik.

Filem ini berkisar tentang Micheal ( Liam Nelson) seorang bekas polis yang bersara dan kini bekerja sebagai penjual insuran. Untuk pergi ke tempat kerja beliau terpaksa menaiki komuter yang telah dinaikinya selama  10 tahun.

Tapi malangnya beliau telah dipecat dan semasa perjalanan balik beliau telah bertemu dengan seorang wanita misteri iaitu Joanna yang sanggup memberi beliau sebanyak $100,000 untuk mencari seorang wanita bernama Prynne dan meletakkan gps di bag wanita tersebut.

Dalam percarian terhadap wanita ini pelbagai peristiwa  berlaku dengan penahanan isteri dan anaknya oleh orang jahat tersebut agar beliau melaksanakan tugasan tersebut. Akibat dari ketamakan dia, dia terpaksa meneruskan pencarian wanita misteri tersebut.

Setelah beberapa lama, beliau menyedari ruapnya wanita itu adalah saksi kepada satu kes pembunuhan dan beliau membawa bahan bukti untuk diberikan kepada pihak FBI.

Bahan bukti tersebut terdapat bukti pihak polis serta pihak atasan yang terlibat dalam kes rasuah. Micheal menjadi serba salah samada menyelamatkan wanita tersebut atau menyelamatkan isteri dan anaknya dengan membunuh wanita tersebut.

Apakah keputusan Micheal? Mengambil wang dan selamatkan keluarganya atau selamatkan saksi tersebut?. Bagaimana beliau dapat mengenali saksi tersebut?

Dalam filem ini pergaduhan old school iaitu ciri Liam Nelson semenjak filem Taken merupakan kegemaran aku. Filem ini juga menunjukkan aksi keretapi terbalik dan meletup dengan jelas.  Malah lakonan Liam Nelson yang sengsara sepanjang masa filem ini ditayangkan memang menjadi, pelakon hebat katakan...

Rating filem ini aku kasi 4/5. Wajib tonton untuk semua yang meminati Liam Nelson.



No comments: