Gondola Terkandas Di Langkawi - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Monday, February 19, 2018

Gondola Terkandas Di Langkawi

Gondola Terkandas Di Langkawi

Assalamualaikum Y.S Tuan
Makluman Operasi mangsa terkandas di dalam kereta gondola(cable car) di alamat panorama Langkawi sdn. Bhd
Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
MASA TERIMA PANGGILAN : 18:53:34
MASA JENTERA KELUAR: 18:53:45
MASA JENTERA FRT PERSIARAN TIBA : 19:06:19
MASA RRV LANGKAWI TIBA : 19:02:08
MALUMAT AWAL
TERDPAT 58 BUAH KERETA GONDOLA TERKANDAS DI ATAS GUNUNG MAT CINCANG PADA KETINGGIAN 2323 KAKI DARI ARAS LAUT AKIBAT DARI MASALAH TEKNIKAL
- ANGGARAN MANGSA YG TERLIBAT
 # 50 GONDOLA X 6 ORG    = 300 ORG
 # 8 GONDOLA KOSONG
 # MIDDLE STATION + TOP STATION = +- 700 ORG
- KERJA MENYELAMAT SEDANG DILAKUKAN DENGAN MENGGERAKKAN GONDOLA TERSEBUT SECARA PERLAHAN - LAHAN SEBELUM MASALAH TEKNIKAL GONDOLA DIBAIKI.
JUMLAH MANGSA YG TELAH DISELAMATKAN PADA JAM 2100 HRS




Gondola Terkandas Di LangkawiSemua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung Machinchang di sini, sudah diselamatkan dan dibawa turun ke stesen kaki gunung pada jam 11 malam tadi.

Syarikat pengendali SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi), memaklumkan operasi memulihkan perkhidmatan SkyCab sejauh 2.2 kilometer dengan puncak tertinggi 708 meter dari aras laut mengambil masa kira-kira lima jam.

"Operasi SkyCab tergendala berikutan gangguan dalam sistem pengendalian yang berlaku pada jam 5.48 petang.

"Ketika kejadian, seramai 88 penumpang terkandas dalam 16 gondola sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 9.50 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Kenyataan itu berkata, kakitangan Panorama Langkawi berusaha menjalankan kerja pembaikan sistem pengendalian kereta kabel yang rosak.

"Semua penumpang dan kakitangan yang terkandas berjaya dibawa turun mulai jam 11 malam.

"Selain penumpang yang terperangkap dalam gondola, turut terkandas adalah 210 penumpang dan 36 kakitangan di stesen tengah, manakala 750 penumpang dan 42 kakitangan di stesen tertinggi," katanya.

Kenyataan itu menyebut, operasi SkyCab hari ini akan bermula jam 12 tengah hari bagi memberi ruang kakitangan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.


Gondola Terkandas Di Langkawi



No comments: