Neelofa Kata Masyarakat Suka Perbesarkan Cerita - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Wednesday, February 28, 2018

Neelofa Kata Masyarakat Suka Perbesarkan Cerita

Neelofa Kata Masyarakat Suka Perbesarkan Cerita

Komen Mufti Wilayah Persekutuan, menurutnya, di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara kerana fitnah dan tohmahan perlu sentiasa dielakkan, selain bimbang tindakan Neelofa membawa satu fenomena normalisasi, iaitu apa sahaja boleh dan dibenarkan, asalkan bertudung.
Masalahnya Neelofa masih tak faham lagi kenapa netizen marah dengan pelancaran tudung Neelofa di Zouk. 
Walau apapun tahniah buat Neelofa kerana tudung terbaru beliau habis stok!!!  Dahsyat strategi perniagaan Neelofa. Ini adalah satu petanda, tak lama lagi aku akan lihat ramai wanita berhijab ke Kelab Malam..ahaks.
Apa pun jom lihat kata-kata Neelofa menentang dakwaan netizen. Rileks Neelofa, kat Malaysia ini berita panas ni kejap jer. Lepas tu senyaplah.
Tapi anda telah membawa revolusi dalam pemakaian hijab dimana mengubah pemikiran  wanita berhijab boleh ke kelab malam. Tahniah...
Pelakon dan pengacara, Neelofa mendakwa kontroversi majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di pusat hiburan Zouk di sini, malam semalam diperbesarkan oleh mereka yang tidak berada di lokasi berkenaan.
Neelofa berkata, tetamu acara itu lebih tahu situasi sebenar di mana premis terbabit berubah daripada sebuah kelab kepada ruang acara pelancaran produk.
"Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara.
Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih," katanya ketika dihubungi hos gandingannya dalam rancangan Meletop, Nabil Ahmad pada siaran langsung program itu, malam ini.
Dalam program itu, perbualan Neelofa dan Nabil diperdengarkan kepada penonton.
Neelofa memberitahu, dia tidak dapat muncul dalam program itu disebabkan perlu menjalani suatu latihan. Tempatnya digantikan pelakon dan pelawak, Sherry Alhadad.
Sementara itu, strategi pemasaran koleksi tudung terbaharu Naelofar 'menjadi' apabila stok dikatakan kehabisan.
Tinjauan di laman web Naelofar Hijab mendapati, semua 45 warna yang dihasilkan untuk koleksi yang dijual pada harga RM73 dan RM75 itu sudah habis terjual atau 'sold out'.
Satu lagi koleksi dilancarkan iaitu Be Lofa Shawl, bagaimanapun tidak dijual atas talian.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada turban itu masih boleh didapati di kedai atau stokis Naelofar Hijab di seluruh negara

No comments: