Badang Kutip RM74K di Pawagam serta Ranking 1/10 - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Monday, March 5, 2018

Badang Kutip RM74K di Pawagam serta Ranking 1/10

Badang Kutip RM74K di Pawagam serta Ranking 1/10

Aku memang peminat kaki wayang tegar tapi belum pernah aku beri 1/10 rating pada mana-mana filem. Malah buat pertama kali aku dengar kutipan bawaj RM100K.

Apa ler nasib filem ini. Kasihan aku dengar, yalah awal-awal lagi penayangan dah kena kutuk tahap gaban memang ler drop terus sales.
Kalau kau Neelofa , mungkin sales makin naik...hahaha.

BADANG mungkin hebat daripada segi promosi namun realitinya ia bukan pilihan kaki wayang.


Selepas 14 hari ditayangkan, filem adiwira arahan Datuk A. Razak Mohaideen itu menamatkan tayangannya  dengan jumlah kutipan sebanyak RM74,148.67. Jumlah kutipan itu berdasarkan sumber laman web Finas.

Kutipan ini sekali gus memadam harapan penerbitnya, FiTA Studio Sdn Bhd untuk melakar rekod pecah panggung bagi filem ini.

Tidak sekadar itu, menurut Internet Movie Database (IMDB), Badang telah menerima penilaian yang sangat rendah iaitu 1/10. Malah dikatakan kurang daripada 10 peratus penonton yang dikesan menyukai filem ini.
Semenjak ditayangkan pada 15 Februari lalu, filem yang menampilkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai teraju utama ini dikecam hebat netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti filem ini.

Selain Aliff Syukri, filem  ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aminah Rhapor dan lain-lain.

No comments: