Hanis Binti Hanif Perkhemahan Pertama

Hanis Binti Hanif Perkhemahan Pertama


Anak aku nak berkhemah pada bulan depan. Yes!!! Teruja gak aku sebab ada juga anak aku yang hampir ikut jejak aku suka berkhemah. Kalau kau tengok gambar kat atas, lelaki dari kanan no dua ty adalah aku ler. Kau pun dah tahu bapak Hanis Binti Hanif ini memag kaki berkhemah dan trekking. Pengakap sejati oiii!!!

Keterujaan aku ini memang teruja ler. Dah berpuluh tahun tinggalkan dunia pengakap. Mana hutan kat Penang kami tak masuk. Gunuing Ledang dah banyak kali kami daki.

Kali ini anak aku ada khemah motivasi selam satu hari satu malam di Air Keroh Melaka. Tempat aku tak tahu ler, mungkin kat Taman Botinical kot.  Walau pun satu malam tapi inilah pengalaman yang kita perlu kasi kat dia. Pengalaman pertama Hanis jika berjaya, maka ia akan meneruskan aktiviti khemah dan meneruskan legasi pengakap keluarga...hehehehehe.

Masuk penmgakap ini bagus, aktiviti sosial yang baik. Serius!!!  Dapat elak gejala sosial kuning...Malah dapat pelajri teknik ikatan serta survival dalam hutan.

Berbalik pada anak aku. Disebabkan dia nak pergi berkhemah pada bulan hadapan maka aku kena belikan bagpack khemah untuk dia. Cikgu dia lorat suruh anak murid dia beli bag sandang. Cari kat Lazada,aku jumpa yang berkenan di hati. Saiz 60L. Memang besau ler tapi boleh pakai lain kali kan.

Harga pun murah ada diskaun 80% dari harga asal. Review pun baik maka aku beli ler. Tapi aku pun beli juga blanket aluminum dan lampu suluh sekali.

Mana ler tahu kena tidur kat khemah, boleh juga pakai blanket aluminium tu buat alas tidur. Lampu suluh kalau dia nak ke tandas ker, senang sikit. Jangan dia nyalakan lampu suluh dalam khemah sudah ler, kang jadi wayang kulit..ahaks. Kena beritahu Hanis ini.

Sebab bapak dia ada pengalaman melihat wayang kulit budak pompuan nak salin baju dalam khemah buka lampu suluh...hahahhaha. Tapi tak sempat tengok ler, ada orang selamatkan wanita yang tak bersalah tu.

Yang asas semua dah ada, cuma kalau dia ada track suit untuk pakai malam lagi bagus. Dengan kasut sukan pun kena beli juga ini. Pening ni....kena tanya mama dia kalau boleh support kewangan sikit lagi....ahaks.

Hanis Binti Hanif Perkhemahan Pertama

Hanis Binti Hanif Perkhemahan Pertama

Hanis Binti Hanif Perkhemahan Pertama
Hanis Binti Hanif Perkhemahan Pertama

1 comments

hahahah teringat zaman sekolah masuk pengakap. tapi biasa-biasa je.. #blogwalking here done follow