Les Villa Ottalia Gili Trawangan - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Friday, March 16, 2018

Les Villa Ottalia Gili Trawangan

Les Villa Ottalia Gili Trawangan

Sepanjang percutian kami ke Gili Trawangan, kami menetap di Les Villa Ottalia Gili Trawangan.

Perjalanan dari jeti Gili Trawangan ke Les Villa Ottalia Gili Trawangan memakan masa 15 minit menggunakan kereta kuda atau jaraknya 1.5km.

Sepanjang perjalanan pertama kami dari jeti ke Les Villa Ottalia Gili Trawangan. Telah membuat kami berfikir 2 kali, adakah ini hotel yang kami tempah.

Sebab sepanjang perjalanan kami ke sini, jalanraya amat teruk dan kiri kanan rumah agak bersepah. Aku dan rakan aku dapat bayangkan memang teruk Les Villa Ottalia Gili Trawangan melalui persepsi pertama kami.

Setelah kami sampai ke Les Villa Ottalia Gili Trawangan rupanya ia dipisahkan dari jalan utama. Pehhh lega.

Kami disambut mesra oleh pekerja Les Villa Ottalia Gili Trawangan dengan senyuman dan mengambil maklumat kami melalui tempahan kami di booking.com manakala sorang lagi pakai Agoda.

Ini disebabkan pada mulanya ambil 2 bilik untuk 3 orang. Sebab tak mahu gaduh siapa kena tinggal 2 orang satu bilik. Maka kami ambil keputusan sorang satu bilik.

Perkara pertama yang aku boleh katakan tentang Les Villa Ottalia Gili Trawangan ia bersifat santai dengan menumpukan dekorasi alam.

Bilik tidak berapa besar, nasib baik kami ambil sorang satu bilik...huhuhu. Tapi kemas dan cukup kelengkapan dengan pemanas air, ada minuman, ada tv dengan channel yang banyak.
Paling menakutkan, katil di hias dengan bunga.pehhh...macam pengantin rasanya. Takut nak tidur atas katil...ahaks.

Air panas pun ada. So jangan risau kalau anda kesejukan.

Selain itu pihak hotel boleh telepon kereta kuda untuk kamu tapi dari maksimum hingga pukul 11pm sahaja jika anda mahu keluar ke pantai. Tapi anda juga boleh sewa sepeda atau basikal. Anda pilihlah sendiri.

Damai....memang damai dan privasi. Bilik yang kami ambil tiada swimming pool. Tapi swimming pool berdepan dengan bilik kami. Tiada madalah, hanya 6 langkah dari bilik dah sampai ke swimming pool.

Perkhidmatan wifi disediakan menggunakan wifi restoran yang juga terletak sebelah bilik kami. Semuanya dekat bangat.

Tidak dilupakan sarapan pagi percuma mereka pun memang best. Kami tadi makan mee dan roti. Air boleh order air apa kau nak.

Setakat ini aku boleh katakan Les Villa Ottalia Gili Trawangan ini memang terbaik.

Les Villa Ottalia Gili Trawangan


Les Villa Ottalia Gili Trawangan

Les Villa Ottalia Gili Trawangan

No comments: