Marhaban Ar Rahman Pangkalan Rama Melaka - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Monday, March 12, 2018

Marhaban Ar Rahman Pangkalan Rama Melaka

Marhaban Ar Rahman Pangkalan Rama Melaka


Pada majlis khatam Quran anak aku, kami ada memanggil marhaban yang popular di Melaka iaitu Marhaban Ar Rahman.

Ahli kumpulan ini memang amat ramai dan ada ketika boleh mencecah sehingga 60 orang. Tapi pada majlis aku yang datang dalam anggaran 30 orang. Nasib baik tak ramai..hehehehe.
Alat kelengkapan kumpulan ini memang lengkap. Dari gendang kecil hingga ke besar. Dan sistem PA pun aku lihat agak berkualiti. Kumpulan ini memang lengkap dan kuat dari segi alat muziknya dan ahlinya.

Anak aku khatam quran terpaksa guna mikrofon sebab dia orang yang supply kan...hehehehehe.
Dari segi kualiti nyanyiannya aku kagum sebab dari mula hingga akhir momentum semangat mereka amat tinggi sekali.  Tak der turun naik dari nyanyian mereka selama 1 jam setengah.

Aku rekemen anda semua menempah ahli kumpulan marhaban ni jika mahukan kelainan dalam majlis anda. Cuma nasiblah kalau yang datang tu ramai atau sedikit...hehehehe



No comments: