Ombak Sunset Lombok Gili Trawangan

Ombak Sunset Lombok Gili Trawangan

Hari pertama kami ke Lombok menuju terus ke Gili Trawangan. Kami tiba di Lombok dalam pukul 10am dan agak lambat keluar dari imigresen sebab kali ini imigresen periksa agak ketat.

Undang- undang terbaru ialah pihak imigresen ingin melihat tarikh pulang kami. Menurut pihak imigresen yang aku tanya ialah mengelakkan ada yang duduk terlalu lama di Lombok.

Setelah selesai urusan imigresen, kami berjumpa dengan pemandu pelancong kami si Wayan Nate. Bincang intineri kami sepanjang kami berada di sini.

Tempat pertama sudah tentu,  makan restoran popular Lombok iaitu Restoran Makan Khas Lombok. Ini nanti aku buat artikel.

Setelah makan layan kawan aku nak beli selipar, gogle dan adapter. Lorat ler dia..

Setelah itu kami dibawa ke speed boat menuju ke Gili Trawangan. Dulu kalau dari Sengigi makan masa 1.5 jam. Naik Speed Boat tapi bukan dari Sengigi, ambil masa 10 minit.

Sampai di Gili Trawangan kami menaiki kereta kuda ke hotel Les Villa Ottalia. Cantik gak hotel ini. Ini pun nanti aku buat artikel.

Petang tu, kami mandi swimming pool jap. Berlatih untuk snorkelling esok. Apa yang boleh simpulkan, tahap kepandaian rakan aku berenang dari rating 5, aku hanya mampu berikan 1.5 jer. Teruk...

Lepas tu kami keluar ke Ombak Sunset. Di Gili Trawangan, kawasan cantik untuk melihat matahari terbenam ialah di Hotel/Resort Ombak Sunset. Sebab itu ia dipanggil Ombak Sunset.

Perjalanan kami ke sana penuh kepahitan. Menurut pemandu pelancong kami ia kata 15 minit tapi kami menapak 40 minit!!! Nak tercabut kami aku..

Tapi bagusnya jalan kaki ini, banyak pemandangan kami boleh lihat serta berswafoto. Banyak gambar yang bagus aku ambil sepanjang perjalanan pahit kami kesana.

Namun kedatangan kami tidak sia-sia sebab Sunset di sana memang terbaik serta di tambah latar belakang buaian popular disana.

Sekali lagi aku diberi moment terbaik, ada kuda plak lalu di kawasan matahari terbenam. Lagi maveles. Hilang terus penat aku.

Kami ambil gambar di buaian bernama Wonderful. Masa aku kat sana, kalau tak salah aku ada buaian disana.

Setelah puas mengambil gambar. Tiba giliran nak balik plak. Terpaksa kami sewa basikal atau sepeda.

Dahlah aku ni ala-ala chubby, tempat duduk dia rendah lak. Terasa  nafas nak putus, keluar peluh jantan aku. Ini pun nanti ada artikel khas. Kena buat artikel khas sepeda sebab gara-gara berbasikal, pungung aku kebas hingga kini.
Bawa basikal dalam keadaan gelap pula tu..Tiba di hotel dalam kul 8pm.

Hari ini puas sebab aku berjaya ambil gambar terbaik melalui android dan kamera DLSR aku. Memang cantik sunset di Gili Trawangan Lombok ni.

Kalau anda ke Gili Trawangan,  aktiviti wajib mesti ke sana. Tak pergi, umpama anda macam tak ke Gili Trawangan...

Ombak Sunset Lombok Gili Trawangan

Ombak Sunset Lombok Gili Trawangan