Persiapan Melancong ke Lombok Kali Kedua Bersama Rakan - Hanif Bin Idrus

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Wednesday, March 14, 2018

Persiapan Melancong ke Lombok Kali Kedua Bersama Rakan

Persiapan Melancong ke Lombok Kali Kedua Bersama Rakan

Syukur alhamdulilah, akhirnya dapat full lesen dari isteri tercinta membenarkan aku pergi ke Lombok bersama rakan.

Sila baca artikel ini: Impian Bersantai ke Lombok Bersama Rakan

Aku memang takkan pergi kalau isteri aku tak benarkan aku pergi ke Lombok. Malas nak bertekak lagi pun aku pernah ke sana. Salah aku pun ada, sebab awal-awal dah beli tiket tanpa pengetahuan isteri aku...heheheheh. Ini semua gara-gara kawan sekolah sengal aku ler, baru bincang tak sampai sejam, dah suruh beli tiket pula.

Aku memang takkan pergi kalau isteri aku tak kasi, hati memang panas ler kalau isteri aku tak kasi. Konpem!!! Tapi dari kita berjalan, hati tak happy pun tak best. Kang ada macam-macam masalah lak.

Ini masalah dengan kawan-kawan sekolah, sebab kau dah kenal mereka sejak bangku sekolah maka keharmonian berfikir secara matang akan gagal. Aku rasa kalau anda jumpa rakan sekolah pun perangai macam ini juga kan.

Berbeza dengan rakan sekerja atau rakan se universiti. Rakan sekolah ini memang dah cukup kenal peel kita sejak kecil hingga dah tua bangka ini. Tak payah nak sorok-sorok keaiban kau, dia orang dah tahu... Malah kelemahan kau pun dia orang dah baca.

Tapi adakah  bini kau tau peel rakan sekolah kau. Itu masalahnya, amik kau seminggu merajuk ngan aku. Memang stress siut, nak kata apa semuanya salah aku tak g tau awal-awal. Aku ingat nak g tau selepas kenduri anak aku nanti. Time selepas happy menyambut kenduri Khatam Quran anak aku, malangnya rancangan aku tak berjaya...huhuhuhu.

Selepas kenduri, keesokannya bini aku tanya bila pergi dan balik. Dia tanya sepatah aku jawab sepatah. Kontrol keayuan selamba aku, tapi dalam hati eksited dapat lesen..ahaks.
Tadi pun aku awal-awal kemas bag baju, aku tak mahu nanti bini aku sakit hati lihat laki dia enjoy ngan kawan-kawan dia... Baik aku kan...

Jalan ke Lombok ini pun aku bawa 2 juta jer sebab duit dah habis buat kenduri. memang tak enjoy sangat ler tapi aku memang suka Lombok sebab pemandangannya memang cantik. Lautnya memang bersih. Aku dah plan, suruh dia orang belanja aku ajer...ahaks.

Hawau betui kawan-kawan aku  ini ler, tunggu ler aku menabung balik baru jalan, ni tak immediate action suruh aku buat keputusan.

Kali ini kami pergi ke Lombok bertiga, nama samaran rakan aku ialah Zoy dan Palat. Ini semua Zoy punya plan nak tengok produk apbende aku pun tak tahu...Alang-alang teman dia ke sana, lepak sekali ler selama 3 hari 2 malam.

Untuk wife aku, nanti abag belanja pergi jalan-jalan tahun ini yek. Kita nak pergi mana Maldives atau Krabi. Sayang pilih ajer, abang payung. Tapi kasi abang simpan uang dahulu ler.. Love u My Wife..

Tepek gambau isteri sebagai tanda sayang ketat-ketat....

No comments: