Tamatnya Percutian Di Gili Trawangan Bersama Rakan

Tamatnya Percutian Di Gili Trawangan Bersama Rakan


Akhirnya percutian bersama rakan selama 3 hari 2 malam berakhir dengan mencapai misi reunite MHS old school member.

Percutian kali ini memang memenatkan dan penuh thrill. Berjalan kaki selama 40 minit hanya untuk melihat matahari terbenam. Berbasikal dalam gelap serta sesat mencari jalan pulang ke villa. Bersepeda keliling pulau sambil menahan keperitan punggung selama 2 jam. Bersnorkling tahap lemas di Gili.

Menaiki kereta kuda yang kecil melalui lopak-lopak air hingga kami terlompat-lompat. Menaiki speed boat tahap gaban dengan melawan ombak hingga kami melompat-lompat juga. Banyak betul lompat hingga urat-urat terseliuh.

Semuanya kalau dilihat memang teruk. Tapi sebenarnya ianya satu adventure untuk kami. Memang kelakau pertama cuba membawa basikal yang hampir berpuluh tahun kami tak bawa. Dengan tempat duduk senget dan rendah..hahaha.

Bersnorkling tahap lemas hingga kami dibawa snorkling ke kawasan kanak-kanak. Dimana boleh jejak kaki ke dasar laut. Melihat kami diketawakan oleh minah omputih, apabende orang tua snorkling kat kawasan cetek ini. Kelakau betul pada masa itu, hingga pemandu pelancong kami Wayan pun kutuk kami..hahahaha.

Menaiki sepeda selama 2 jam keliling pulau Gili Trawangan memberi kami ruang melihat lebih jelaa kecantikan pulau ini. Aku rasa beratus gambar yang kami ambil dan semuanya cantik-cantik belaka. Aku mempunyai banyak gambar tahap dewa boleh share dengan rakan-rakan.

Kami juga berpeluang merasa pelbagai makanan semasa di Gili Trawangan. Kawan aku rasa dia dah makin gemuk semenjak duduk kat Gili...hahahaha.

Inilah sebahagian bercuti dengan rakan-rakan. Perbezaan bercuti dengan rakan ini hanyalah satu. Dimana kami boleh langgar semua perkara kami nak buat. Umpamanya bawa basikal malam-malam hingga sesat. Kalau dengan keluarga, tak mungkin aku akan mengambil risiko sebegini. Baik naik kereta kuda. Siapa tak sayang bini dan anak oiiii!!!

Jika sama rakan, jika perkara berlaku hanya impak pada kami sahaja tidak pada keluarga. Itulah perbezaan keluar dengan rakan dan keluarga. Selainnya sama sahaja, tetap happy jika keluar sama keluarga atau rakan.

Ada sikit bezanya ialah kita boleh kutuk mereka. Sepanjang percutian ini, bab kutuk mengutuk memang dalam kegunaan harian. Jangan kau buat silap ajer, kena bantai giler-giler punya. Kalau dengan mana berani nak kutuk....huhuhuhu.

Kesimpulannya, percutian kami ini berjaya dan akan menjadi memori terbaik kami. Yalah, rakan-rakan sejak kecilkan. Bab-bab kecik ati ini dah tak der dalam diari. Bab kau kedekut pun malas nak layan, tapi siaplah kau kena kutuk....hehehehe.

Tamatnya Percutian Di Gili Trawangan Bersama Rakan


Tamatnya Percutian Di Gili Trawangan Bersama Rakan

Tamatnya Percutian Di Gili Trawangan Bersama Rakan


Tamatnya Percutian Di Gili Trawangan Bersama Rakan